كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Monday, November 16, 2009

Balasan Allah kepada 200,000 Tentera AS!

2009

Bangsa yang besar adalah bangsa yang menghargai jasa para pahlawannya, ungkapan ini tidak berlaku di Amerika kerana pemerintah AS ternyata tidak memberikan jaminan kesejahteraan bagi ratusan ribu veteran perangnya yang kembali dari medan perang di Iraq dan Afghanistan.
Aaron Glantz, wartawan yang memfokuskan liputannya kepada nasib para veterang perang AS yang pernah bertugas di Iraq dan Afghanistan mengungkapkan, saat ini ada sekitar 200,000 veteran perang Iraq dan Afghanistan yang menjadi penganggur.
"Setiap malam, 200,000 orang yang pernah mengenakan seragam dan berkhidmat kepada negara ini tidur di jalan-jalan kerana tidak punya rumah," kata Glantz.

Dia melanjutkan, "Cuba bayangkan, anda pulang dari Iraq dalam keadaan mengalami stress pasca trauma, mengalami luka mental, mengalami gangguan otak atau mengalami kerosakan otak secara fizik akibat terkena ledakan bom yang dipasang di jalan. Tapi hal pertama yang anda lakukan ketika pulang, terpkasa mengisi dokumen sebanyak 26 halaman untuk menjelaskan bagaimana anda boleh tercedera, apakah anda mendapatkan surat keterangan pendukung dari rakan ada di medan perang dan dari para komandan anda (sebagai saksi)."

Menurut Glantz, askar-askar AS yang pernah bertuga di Iraq dan Afghanistan dan mengalami apa yang disebut post-traumatic stress disorder (PTSD) mesti membuktikan yang luka dan trauma yang dialaminya memang kerana perang, bukan kerana kecelakaan biasa lainnya.

Glantz mengatakan, bukan hanya para veteran perang Iraq dan Afghanistan yang sulit mendapatkan kompensasi dan jaminan kesihatan, hal serupa juga dialami para veteran Perang Teluk yang terjadi tahun 1991 lalu. Pihak berwenang di AS malah dengan mudahnya mengatakan bahawa apa yang disebut sindrom Perak Teluk yang dialami para tentera AS dinyatakan tidak ada dan tidak terdiagnosis.

Glantz mengecam pemerintahan Bush sebagai orang yang telah mengobarkan perang di Iraq dan Afghanistan , tapi menelantarkan nasib tentera-tenteranya. "Kita tidak dapat melupakan veteran perang Iraq dan Afghanistan yang baru kembali ke tengah masyarakat. Jika kita tidak menanganinya sekarang, AS akan melihat makin meningkatnya statistik jumlah tenteranya yang stress, mengalami gangguan mental dan akhirnya bunuh diri," tegas Glantz.

Selain 200,000 veteran perang Iraq dan Afghanistan yang menjadi bangsat, Glantz mengatakan bahawa ada sekitar 300.000 veterang perang di AS yang mengalami gejala PTSD. (ln/mol)

No comments:

Post a Comment