كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)
Friday, May 22, 2009
Pembunuhan di Ipoh: Apa sudah jadi?
Written by Zulkifli Nordin
Thursday, 21 May 2009
Salam 2 all.
Pembunuhan brutal dan kejam Wah Yah Matzi (42), anak bongsunya Ermin Danish Jafri (5) dan pembantu rumahnya Dani (20an) di Taman Pinji Seni, Ipoh semalam sangatlah mengejutkan.
Kejadian yang berlaku di siang hari di kawasan perumahan menimbulkan banyak persoalan tentang tahap jenayah dan jaminan keselamatan kepada rakyat.
Lebih menyedihkan lagi semasa kejadian, mangsa sedang berbual melalui telefon dengan suaminya Jafri Tajul Aripin sambil mendukong anak bongsunya. Tiba-tiba sisuami mendengar jeritan isterinya yang tanpa disedari diserang dan ditetak berkali-kali oleh pembunuh tersebut. Jeritan yang si suami pasti tidak akan lupa selama-lamanya!
Pembunuh itu berjaya ditahan dan ditangkap oleh jiran mereka Ahmad Hanafiah yang kebetulan lalu di kawasan tersebut.
Lelaki pembunuh berusia 26 tahun itu dipercayai dibawah pengaruh dadah.
Dan semua itu untuk apa? Hanya kerana nak kebas sebuah laptop-tiga nyawa terbang termasuk seorang kanak-kanak berusia 5 tahun!
Saya melihat penyakit membunuh orang tanpa belas ehsan kini semakin menjadi-jadi.
Allahyarham Saodah dibunuh di Ketereh oleh sang peragut baru-baru ini hanya kerana RM3!
Dua hari lepas, Nurbahirah (26) dibunuh dengan kejam oleh seorang duda bekas kekasihnya hanya kerana mahu memutuskan perhubungan.
Kita mendengar kes anak gadis dijadikan habuan seks oleh bapa kandung dan abang kandung sendiri.
Tak cukup dengan jenayah kebinatangan itu, si gadis di sapu pulak oleh rakan si bapak!
Sudah tidak menjadi perkara pelik hari ini kalau mendengar berita bayi dibuang merata tempat..dalam tong sampah, dalam surau, malahan disorok bawah katil pun ada.
Sudah ada kes anak gadis baru belasan tahun membawa buah hati tidor dibiliknya dan melakukan seks dengan makbapak tidur dibilik sebelah berdengkur tak tahu cerita!
Dan banyak lagi kes-kes bunuh dan jenayah berat yang dilakukan atas sebab yang terlalu remeh.
Seolah-olah manusia hari ini sudah tiada perasaan belas ihsan, sudah hilang perasaan kemanusiaan. Mereka muncul bagai binatang & haiwan bertopengkan manusia.
Apa dah jadi sebenarnya dengan manusia hari ini. Dan yang terkilannya ramai dikalangan syaitan-syaitan ini adalah dikalangan orang Melayu.
Sebenarnya ALLAH swt telah memberi amaran jelas kepada kita..apabila kamu meninggalkan hukum hakam dan syariat ALLAH, tunggulah hari dimana perasaan rahim dan belas ehsan akan dicabut dari hati manusia, sehingga ia berkelakuan saperti haiwan.
Dan inilah fenomena yang sedang kita lihat berlaku depan mata kita hari ini.
Dan yang paling malang, ianya berlaku dikalangan bangsa Melayu yang Al Quran ada ditangannya, yang selalu diframekan, selalu dimusabaqahkan, salu ditadaruskan..tetapi mereka sedikitpun tidak mengamalkan nya.
Malahan mereka mencemuh Al Quran; mendakwa hukum-hakam ALLAH sudah tidak sesuai dilaksanakan, malah kalau dilaksanakan akan banyaklah restoran menghidangkan sup tangan, maka akan terbantutlah pembangunan kerana kurangnya batu yang diguna untuk merejam pesalah.
Hari ini, dicelah-celah menara kayangan Melayu, disamping kerlipan pembangunan mahahebat Melayu..kita melihat keruntuhan akhlak dan kerosakan moral yang parah dikalangan bangsa kita sendiri.
Sebenarnya jawapannya mudah: kembalilah mentauhidkan ALLAH, hiduplah menurut syariat Islam, patuhilah sunnah Rasul, dan jadilah seorang Muslim yang benar-benar bertaqwa dan beriman kepada ALLAH.
Moga ALLAH mengampuni kita semua dan memberi kekuatan kepada kita untuk iberiman dan beristiqomah dalam menjalani kehidupan sebagai Muslim yang hakiki.
Ameen..
Zulkifli Bin Noordin
Ahli Parlimen Kulim B.Bharu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment