Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Saturday, May 30, 2009

Polis Greece Pijak AL-QURAN.


ATHENS 26 Mei - Pegawai mahkamah berkata, pendatang dari Iraq telah menyaman seorang anggota polis Greece yang didakwa telah merosakkan al-Quran miliknya, ketika melakukan pemeriksaan pengenalan diri di ibu negara ini pada minggu lalu, yang mencetuskan kemarahan pendatang Islam di sini.

Lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Attiq memohon agar pegawai yang melakukan jenayah tersebut diambil tindakan.

Polis berkata, mereka sedang menyiasat dakwaan tersebut. Dalam saman yang dikemukakan kepada pendakwa Athens semalam, Muhammad mendakwa pegawai yang tidak dikenali itu telah memaki dan menghinanya sebelum mengoyak serta menginjak-injak kitab al-Quran miliknya.

Insiden itu telah mencetuskan bantahan selama dua hari apabila beratus-ratus penduduk Islam mengadakan tunjuk perasaan di tengah bandar raya ini.

Pada hari kedua, polis bertempur dengan penunjuk perasaan terbabit dan menahan 46 orang selepas tunjuk perasaan bertukar ganas.

Seramai 14 orang dimasukkan ke hospital akibat cedera, manakala berpuluh-puluh buah kereta rosak akibat rusuhan itu. - AP

No comments:

Post a Comment