كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)
Tuesday, May 5, 2009
BICARA TOKOH (Siri 1)
Lantaran perasaan kagum terhadap tokoh ini membuatkan saya merasakan terpanggil untuk menulis tentang tokoh gerakan Islam yg cukup terkenal ini iaitu as syahid Imam Hassan Al Banna.
Kehilangan beliau apabila menemui ajalnya pada 12 Februari 1949 cukup dirasai oleh seluruh umat Islam yang mencintai Islam walaupun ketika wafatnya tidak ada yang menyalatkan beliau di masjid kecuali ayahnya. Tidak ada ribuan pengikut beliau yang berjalan di belakang keranda beliau, lantaran halangan dari pihak pemerintah atau dek kerana mereka saat itu sedang memenuhi penjara.
Ceramah/kuliah beliau cukup bertenaga dan menghasilkan pengaruh yang positif dalam pembaikan masyarakat. Ribuan manusia berkumpul untuk mendengar ceramah setiap hari selasa (dikenali "Haditsuts Tsulatsa" atau "Atifatuts Tsulatsa") baik datangnya dari Cairo, Iskandaria, Aswan bahkan dari luar Mesir. Naiknya beliau ke mimbar dengan jubah dan serban putihnya, lalu sejenak mengitarkan pandangan kepada segenap hadirin, lalu melontarkan suaranya dengan kekuatan jiwa dan kalimat-kalimat yang segera menyusuk ke dalam hati para pendengar.
Ucapannya tidak retorik, juga tidak membakar semangat dengan teriakan. Suaranya sepenuhnya bertumpu pada kebenaran, membangun semangat dengan meyakinkan akal, menggelorakan jiwa dengan makna bukan dengan kata-kata, dengan ketenangan bukan dengan provokasi, dan dengan HUJAH bukan dengan hasutan. Sehingga setiap orang yang pernah mendengarnya sekali, pasti akan terus mengikuti ceramah-ceramah beliau secara rutin betapapun kesibukan dan hambatannya.
Kehebatan As Syahid Imam Hassan Al Banna pada ceramahnya antaranya adalah kejutan pada pengakhiran ceramahnya. Beliau mampu menarik perhatian para pendengar di akhir ceramah dengan gaya yang lebih memikat daripada yang digunakan beliau untuk menarik perhatian mereka di awal ceramah. Apa rahsianya, wallahualam. Tetapi itu merupakan salah satu kelebihan beliau yang paling menonjol. Satu kurniaan Allah pada hamba-hambaNya yang dikehendaki-Nya.
Pengaruh beliau masih ada hingga ke hari ini dan terus berkembang...bertepatanlah Imam Hassan Al Banna adalah mujadid (pembaharu) Islam di abad ke 20.
InsyaAllah, saya akan turuti bicara ini pada waktu dan ketika yang lain. Semoga usaha kecil ini dapat dimanfaatkan bersama dan diterima Allah sebagai amal soleh.
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment