Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Friday, October 16, 2009

ISU PURDAH DI AL AZHAR

2009


Isu Purdah- Ikhwanul Muslimin Bertegas Membela

Kesan dari pernyataan kontroversial Imam besar Azhar Syeikh Tantawi - menimbulkan reaksi dari sekelompok anggota parlimen dan seorang pengacara Islam yang siap melakukan perlawanan dan tindakan undang-undang berkait pernyataannya yang akan mengeluarkan larangan bagi wanita mengenakan purdah di setiap sekolah yang berafiliasi dengan al-Azhar, lembaga pendidikan tertinggi di dunia Islam Sunni.

Seorang pengacara dari Ikhwanul Muslimin, yang mewakili majlis rendah parlimen Mesir dan Pusat Sawaseya untuk Hak Asasi Manusia - bergabung untuk mengajukan gugatan terhadap Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi, Imam besar al-Azhar atas apa yang mereka sebut sebagai pelarangan "inkonstitusional" yang telah melanggar kebebasan peribadi dan bertentangan dengan prinsip kesetaraan bagi semua warga negara.
Kelompok ini juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Pendidikan tinggi dan Presiden Universiti Kaherah atas peran mereka dalam keputusan baru-baru ini yang akan melarang mahasiswi dari mengenakan purdah di sekolah-sekolah yang berafiliasi dengan Universiti al-Azhar Kairo dan di asrama-asrama mahasiswi.

"Kami memiliki keputusan dari Mahkamah Agung yang menyatakan bahawa wanita memiliki hak untuk memakai niqab," kata pengacara Ikhwanul Muslimin, Abdel-Moneim Abdel-Maqsoud, kepada Al Arabiya.
"Ini mungkin bukan kewajiban dalam Islam, tetapi juga tidak bertentangan dengan Islam. Jadi, perempuan mempunyai hak untuk memakainya bila dan di mana mereka pilih, "kata Abdel-Maqsoud dan dia berpendapat serta menambahkan bahawa mereka akan terus menentang larangan tersebut sampai pengadilan membatalkannya.

Pasal 2 dari hukum Mesir menyatakan Islam adalah agama negara dan merupakan sumber utama dari undang-undang, sementara Pasal 48 menetapkan bahawa kebebasan berekspresi diberikan kepada semua warga negara dan bahwa mereka memiliki hak untuk mengekspresikan pendapat mereka dalam lisan, tulisan atau dalam bentuk-bentuk visual .

Wakil Ketua Al-Azhar, Mohamed Abdel-Aziz, mencela Ikhwanul Muslimin dan mengatakan mereka tidak memiliki hak untuk mengajukan gugatan kerana mereka adalah kelompok yang diharamkan sambil menambahkan bahawa masalah itu merupakan tindakan internal sehingga mereka tidak mempunyai hak untuk mengajukan keberatan.

"Keputusan untuk melarang kerudung wajah disetujui oleh dewan tertinggi Al-Azhar," kata Abdel-Aziz kepada Al Arabiya. "Ini adalah urusan mereka."

Abdel-Aziz menambahkan bahawa keputusan itu bukan untuk memaksakan sebuah larangan mutlak mengenakan burka, tetapi hanya untuk mengatur penggunaannya di tempat-tempat tertentu.
"Wanita dapat mengenakan cadar wajah di mana saja, tapi tidak di sekolah-sekolah Al-Azhar. Jika ia tidak mhu menunjukkan wajahnya di depan manusia, sekolah-sekolah Al-Azhar bukanlah sekolah yang bercampur baur lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu, tidak ada gunanya wajah ditutup di dalam di kelas. "

Tantawi mendukung hujah, Abdel-Aziz menyatakan bahwa wajah tidak wajib dalam Islam dan hal ini adalah apa yang mereka katakan kepada semua pengkritik dari keputusan tersebut.

"Majoriti ulama senior sepakat bahawa hal itu tidak diwajibkan oleh Allah. Tambahan saya percaya bahawa pengajar mesti boleh melihat wajah siswanya, "dia menyimpulkan.(fq/aby)

p/s : Malangnya di universiti Al Azhar ini para pelajar dibenarkan tidak menutup aurat..berpakaian ikut sesuka hati kononnya fesyen. Datang ke kuliah Syariah dengan fesyen dan rambut mengerbang seolah-olah medan 'fesyen show'.

No comments:

Post a Comment