Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Friday, October 9, 2009

Takziah kepada mangsa bangunan runtuh di Fair Park, Ipoh


2 terbunuh kereta dihempap bangunan

03/10/2009 2:41am

IPOH 2 Okt. - Dua terbunuh manakala seorang cedera parah apabila kereta mereka dihempap sederet bangunan lama dua tingkat yang runtuh secara tiba-tiba di Jalan Kamaruddin Isa di sini kira-kira pukul 9.30 malam ini.

Ketika kejadian, tiga remaja berusia dalam lingkungan 20-an yang menaiki kereta Perodua Viva berwarna putih itu sedang dalam perjalanan dari Taman Fair Park menuju ke pusat bandar.

Pemandu kereta tersebut cedera parah manakala dua rakannya yang menumpang mati di tempat kejadian.
Sehingga pukul 12.15 malam ini, identiti semua mangsa masih belum dikenal pasti.
Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa kira-kira pukul 10.45 malam.

Menurutnya, semua mangsa daripada kenderaan berkenaan telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, tidak jauh dari tempat kejadian.

Katanya, runtuhan itu turut mengenai tiga buah kenderaan lain iaitu kereta jenis Perodua Kenari, Perodua Kelisa dan Honda Accord.
Bagaimanapun, katanya, semua pemandu dan penumpang tiga kenderaan itu tidak mengalami kecederaan serius.
``Setakat ini polis masih menyiasat punca kejadian dan kita difahamkan kerja-kerja meruntuhkan bangunan lama ini memang sedang dijalankan sejak pagi tadi.




 Sebuah kren yang dipercayai menjalankan kerja-kerja meruntuhkan tujuh pintu bangunan lama dua tingkat itu masih berada di tempat kejadian.
Kedudukannya begitu hampir dengan kereta Perodua Viva tersebut serta tiga lagi kenderaan yang terlibat dengan insiden berkenaan.
 - Utusan

~DMP GOPENG mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh dalam kejadian bangunan runtuh tersebut dan juga kepada makcik Jah serta pakcik Ismail kerana anak mereka yang turut terlibat dalam kejadian tersebut namun alhamdulillah hanya mengalami kecederaan. Semoga diberikan Allah ketabahan dan kekuatan di dalam menghadapi ujian ini.

No comments:

Post a Comment