Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Sunday, October 4, 2009

UMAT ISLAM DI MALAYSIA PERLU AMBIL IKTIBAR.

JAKARTA 3 Okt. - Kira-kira 400 orang yang sedang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi berkekuatan 7.6 skala Richter melanda Sumatera Barat pada 5.16 petang 30 September.
Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung itu yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid, yang merupakan struktur tertinggi di situ, bahkan juga sudah tidak kelihatan.
“Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor (tanah runtuh),” kata Ketua Pusat Penanganan Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S.Pakaya yang dipetik detikcom, hari ini.
Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mangsa beliau berkata, dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar untuk dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.
Tragedi di kampung itu merupakan satu daripada beberapa kejadian serupa apabila mangsa tertimbus dan terhimpit di celah runtuhan bangunan, yang kini mendapat perhatian setelah komunikasi dan jalan raya mulai dapat berfungsi semula.-Bernama

~BAYANGKAN DALAM SEKELIP MATA ALLAH BOLEH MEMATIKAN KITA DAN MENDATANGKAN KEMUSNAHAN YANG DAHSYAT...INSAFLAH WAHAI INSAN, HIDUP DI DUNIA BUKANNYA SELAMA-LAMANYA. LAKSANAKANLAH PERINTAH ALLAH TANPA ENGKAR.
WAHAI YANG MENYOKONG KEBATILAN..HARTA DAN PANGKATMU TIDAK DAPAT MENOLONGMU DI SAAT MALAIKAT MAUT MENCABUT NYAWAMU..JANGANLAH BERBANGGA DENGAN 1MALAYSIA JIKA HUKUM ALLAH DIKESAMPINGKAN..HUKUM MANUSIA BERDASARKAN AKAL YANG MENJADI PEGANGAN.



MUDAH-MUDAHAN ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH MEREKA YANG TERKORBAN DAN MEMBERI KEKUATAN KEPADA YANG MASIH HIDUP.

No comments:

Post a Comment