Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Friday, October 9, 2009

Dah tukar post....

Baru-baru ini telah diadakan mesyuarat khas AJK DMP Gopeng. Setelah jenuh berjuang, menepis dan mengelak dan mempertahankan diri namun akhirnya kecundang apabila saya dilantik sebagai Setiausaha DMPG..ini kerana kak Mazidah kini menjadi Penolong S/U DMPN PERAK.

Maka terpaksalah teman memikul amanah berat ini demi untuk perjuangan..namun sebenarnya risau jugak maklumlah takut tak terpikul. PAS Kawasan Gopeng sememangnya terkenal di seluruh Perak..(jangan marah...) kerana merupakan pembekal tenaga kepimpinan di peringkat negeri...


Pesuruhjaya PAS Perak dari kawasan Gopeng, Bendahari PAS Perak dari Gopeng dan Ketua Muslimat juga dari Gopeng. Namun jawatan bukanlah matlamat kita di dalam perjuangan Islam tetapi tugas kita adalah meneruskan perjuangan para anbiya'. Kedatangan para anbiya' di muka bumi ini adalah untuk melaksanakan segala perintah Allah SWT, sama ada yang berupa arahan atau perintahNya, hukum-hakam yang termaktub dalam al-Quran.


Semoga jamaah PAS akan terus mantap berperanan di tengah-tengah masyarakat.

No comments:

Post a Comment