Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Wednesday, October 28, 2009

YA ALLAH, PADAMU KAMI BERSERAH..

Alhamdulillah PAS Rapat Setia bersama-sama DMPG telah pun mengadakan solat hajat dan munajat memohon ke hadrat Allah swt agar menurunkan pertolongan, Taufiq dan HidayatNya di dalam menghadapi cabaran Persidangan DUN Perak pada 28 Oktober 2009 (esok).  Persidangan DUN Perak esok ini dijangka hangat dan meragut segala kebebasan dan undang-undang sepertimana siperagut yang merentap dan meragut harta milik mangsa tanpa rela dan redha.

Walaupun bilangan yang menghadiri solat hajat tidak seramai yang menghadiri majlis-majlis makan namun itu adalah bilangan orang-orang yang ikhlas bermunajat kepada Allah, mudah-mudahan Allah mendengar rintihan hambaNya yang ikhlas.

No comments:

Post a Comment