Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Sunday, October 25, 2009

1 MALAYSIA PUNYA HAL....

Sempena pelancaran 1 Malaysia oleh YAB PM di Stadium Perak pada 18 Oktober 2009 baru-baru ini, saya sempat melihat suasana sambutan masyarakat kampung khususnya sepanjang perjalanan dari Daerah Perak Tengah menuju ke Ipoh...


Sememangnya ramai lah makcik-makcik, pakcik-pakcik dan anak-anak remaja awal belasan (dengan rambut cacak dan penuh gaya...) menunggu bas di sepanjang jalan menuju ke Ipoh..agak-agaknya mereka ni sempat ke tunaikan solat Maghrib dah kalau ramai-ramai dan dok menunggu bas lagi...kul berapa nak sampai...maghrib masuk awal kul 7 lebih sikit je dah masuk...

Maklumat dari seorang kawan yang mana saudaranya terlibat menjayakan majlis sambutan DS Najib (1 Malaysia) di stadium, sementara menunggu waktu program bermula mereka disediakan bilik hotel untuk berehat....bersesuaian dengan semangat 1 Malaysia mereka ini juga diberikan 1 BILIK bercampur lelaki & perempuan..masyaAllah..

Tak kurang juga masalah timbul apabila pelajar sekolah 'dipaksa' untuk turut sama terlibat...ada yang setelah menunggu ketibaan bas di sekolah..basnya tak juga muncul-muncul...maka mereka diarahkan untuk kembalikan ke rumah masing-masing.  Bukan ke menyusahkan ibubapa, pelajar dan juga guru yang terpaksa memastikan keselamatan para pelajarnya...

Ada juga sekolah yang pelajarnya terpaksa menaiki sebuah bas dengan muatan yang berganda kerana sepatutnya beberapa buah bas yang sepatutnya mengangkut mereka tetapi yang muncul hanya sebuah sahaja...RAKYAT TERPAKSA MENEMPUH SEMUA INI HANYA KERANA UNTUK MERAIKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA



No comments:

Post a Comment