Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Saturday, October 10, 2009

RAKYAT JANGAN TERUS DITIPU UMNO



Terima kasih kepada bloggers yang telah berperanan menerangkan kebenaran kepada masyarakat. Semoga Allah memberikan ganjaran kebaikan kepada kalian. Jelas bukti menunjukkan tiada kecederaan atau perlakuan ganas seperti yang dilaporkan oleh media berlaku.


Kepada yang tidak membeli UtUSAn boleh membaca berita Azeez kena pukul di sini..FIKIR-FIKIRKANLAH...

Abdul Azeez dakwa kena pukul

03/10/2009 11:50am

PORT DICKSON 3 Okt. - Pengerusi Putera UMNO yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mendakwa dipukul oleh penyokong parti lawan ketika berarak mengiringi calon Barisan Nasional (BN) menuju ke pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di sini hari ini.
Katanya, beliau dipukul oleh sembilan orang penyokong parti lawan dan telah diselamatkan oleh anggota polis yang bertugas.
"Ketika itu saya sedang berjalan dengan Datuk Ismail Sabry Yaakob apabila kumpulan penyokong parti terbabit memukul dan melakukan provokasi terhadap saya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Utusan

1 comment:

  1. boleh caye ke ni..
    setahu saya.pas dah banyak wat kekejaman kat bagan pinang ni..
    siap pikul rakyat setempat lagi..pe cer ni..
    cam ni ke kumpulan yg bergerak atas name islam..
    n nk tanye nape suke gune name islam dalm politik pas ni uh!!!
    ape hak korang...
    sape kamu untuk mengkafirkan org lain..
    saya cume seorng rakyat biasa yg peka dengan negara saya..
    yg saya nampak pas langsg xpandai memerintah..
    tgk kelantan cam mane r kan..
    saya xnk negara saya mundur cam 2..
    bagi saya pas xlayak untuk memerintah..
    percaye r..
    kalo mereka pegang negara ni alamat jadi cam iraq n afganistan..subnallah...

    ReplyDelete