Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Sunday, August 9, 2009

Kes Teoh : Teori Konspirasi Semakin Jelas?

Posted by Addin | 8/08/2009 |

Lawatan Koroner Azmil Muntapha Abas dan pegawai Inkues ke Plaza Massalam semalam banyak menimbulkan persoalan berkaitan kes tersebut. Penemuan kesan seperti darah di tangga antara tingkat 14 ke tingkat 15 Plaza Masalam tempat terletaknya pejabat SPRM mengejutkan koroner dan para pegawai Inkues kematian Teoh Beng Hock.

Mereka juga terkejut kerana terlihat kesan darah pada salah satu dinding bilik di tingkat 15 namun mereka tidak dibenarkan masuk ke bilik tersebut. Perkara ini dilaporkan dikesan dalam lawatan koroner Inkues dan para pegawai yang terlibat dalam membantu Inkues itu. Lawatan ini telah menimbulkan lebih banyak persoalan dan misteri mengenai kematian Teoh Beng Hock.

Peguam Lim Lip Eng (MP Segambut) yang mewakili keluarga Teoh memberitahu pada mulanya koroner dijadualkan melawat keseluruhan tingkat 14 sahaja tetapi para peguam meminta supaya pihak rombongan melawat sekali tingkat 15. Ketika rombongan Koroner dan pegawai Inkues sedang menaiki anak tangga menuju ke tingkat 15 melalui pintu belakang, mereka terserempak kesan darah di tingkat 15 yang sepanjang 2 kaki atas lantai anak tangga tersebut.

Apabila rombongan sampai tiba di tingkat 15, mereka tidak dibenarkan melihat setiap bilik di situ. Walhal, mereka ternampak lebih banyak kesan seperti darah pada satu dinding bilik apabila mereka melihat menerusi kaca pintu. Beberapa persoalan timbul hasil lawatan tersebut terhadap polis yang menyiasat kes kematian Teoh.

Bagaimana pegawai penyiasat yang terlatih tidak tahu mengenai kesan tompok seperti darah yang terdapat disekitar tingkat 15 dan tidak memasukkannya dalam siasatan ? Mengapa rombongan Koroner dan pegawai Inkues tidak dibenarkan memasuki setiap bilik di tingkat 15 ? Adakah sesuatu yang ingin di sorokkan sehinggakan mereka tidak dibenarkan memasukinya? Peristiwa-peristiwa pelik ini telah menjuruskan pandangan umum terdapat wujudnya konspirasi dalam kes kematian Teoh. Adakah benar teori konspirasi tersebut ? Jika benar, siapakah dalangnya?

Oleh : addin

No comments:

Post a Comment