Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Saturday, August 29, 2009

TIPS MEMILIH KASUT ANAK

Anak Sakit Kaki

Jangan terperanjat anak anda yang baru berusia 2 tahun atau yang sudah mencecah 13 tahun mengadu kakinya pedih, lenguh, kebas dan sakit.Ini berlaku pada waktu penumbuhan yang pesat dikalangan kanak-kanak, antara usia 8 tahun dan 9 tahun dan awal remaja.  Doktor tidak pasti tentang puncanya atau mengapa
sebilangan kanak-kanak mengalaminya, begitu juga mengapa pedih kebas dan sebagainya di rasai hanya pada bahagian bawah kaki. Pakar tulang mengesyaki tulang membesar dengan lebih cepat daripada ligamen dan otot di sekeliling ketika penumbuhan pesat yang menyebabkan tisu di regangkan.  Oleh  kerana rasa sakit boleh berlanjutan selama beberap jam tau beberapa malam, mereka mencadangka urutan ringan di bahagian yang sakit selama 10 @ 15 minit.

Mungkin tips ini sedikit dapat mendapat membantu anda yang mengalami masaalah sedemikian atau mungkin ini juga salah satu penyebab kadang-kadang tidak perasan.

TIPS MEMILIH KASUT ANAK

Apabila membeli kasut, pastikan anak anda boleh mengenakan stoking.  Ukuran lebar dan panjang kaki harus diambil kira dengan betul.Secara ringkasnya, jika anda merasa ruang di bahagian kiri, kanan dan hujung belkang kasut hanya sedikit, ini bermakna kasut itu ketat.  Apabila anda menekan bahagian hujunh kasut
dengan ibu jari dan mendapati masih ruang di bahagian jari kaki, itu menandakan kasut itu sesuai.


# FLEKSIBEL

Untuk memudahkan pergerakan anak anda, uji kefleksibelan kasut dengan membengkokkan kasut di bahagian tengah.Jika kasut itu mudah dibengkokkan,ia memudahkan pergerakkan anda.


# BAHAN

Kasut kulit adalah yang terbaik untuk kanak-kanak.Ia mudah mengikut bentuk kaki si pemakai, mempunyai udara yang lebih baik dan mengelakkan kaki berpeluh. Manakala kasut yang diperbuat daripada plastik atau kain kanvas hanya sesuai untuk berjalan-jalan dan bermain


# BENTUK KASUT

Pilih kasut yang mempunyai tali pengikat kerana ia akan melindungi jari kaki daripada terlunjur apabila
terjatuh.Sebaik-baiknya pilih kasit yang tidak berjahit kerana benangnya akan mencederakan kaki.Galakkan kanak-kanak memakai kasut tumit rendah untuk mememudahka dia mengimbangi badan dan elakkan kasut yang berpotongan tipis di depan.

No comments:

Post a Comment