Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Tuesday, August 25, 2009

SELAMAT BERANGKAT KE NEGARA TIMUR TENGAH

DMPG mengucapkan selamat berangkat kepada anak-anak/pelajar yang akan berangkat ke Mesir dan Jordan untuk menyambung pengajian masing-masing.

Antara yang dikenali ialah :
1) Nusaibah bt Abu Bakar (anak PJ PAS Perak) - ke Mesir (bidang perubatan)
2) Aiman bin Maslan -ke Mesir
3) Mohd Fadhil bin Khairuddin - (anak Dr. Khairuddin) - ke Jordan
4) Mohd Qaiyyum - ke Mesir

DAN TAK LUPA KEPADA SEMUA YANG LAIN (ANAK-ANAK MURID...SMAH....FADZLI, AMMAR (US),  ABDULLAH SANI (UK), MOHD. AIMAN DLL), SAHABAT2 ANAK (DARI SARJANA) DAN SEMUA  YANG LAIN.

SEMOGA TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG YANG BERJIHAD MENUNTUT ILMU...MANFAATKAN ILMU UNTUK ISLAM...INSYAALLAH.


Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: ‘Berlapang-lapanglah dalam majlis’, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: ‘Berdirilah kamu, maka berdirilah’, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Mujaadalah [058], ayat 11)

Di dalam kitab Minhajul A'bidin karangan Imam al-Ghazali dinyatakan dengan terperinci tentang kelebihan atau kepentingan ilmu. Ini kerana ilmu adalah kunci kepada amal. Ilmu dan amal diibaratkan sebagai dua permata yang berharga tetapi ilmu lebih mahal dari permata amal. Amal tanpa ilmu merupakan amalan yang sia-sia, tidak akan diterima kerana belum tentu amalan itu menepati sunnah Rasulullah SAW.

Ilmu merupakan penerang jalan hidup di dunia agar kita tidak sesat. Orang yang tidak berilmu umpama seorang pencari kayu api di tengah malam tanpa cahaya, kekadang ular pun di sangka kayu api. Amatlah bahaya kehidupan tanpa ilmu.

Wahyu pertama yang diturunkan juga memperlihatkan kepada kita tentang pentingnya ilmu. Dan semestinya ilmu itu haruslah dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT, sang pencipta kita. Ini kerana, firman Allah SWT yang bermaksud, “hanya orang yang takut kepada Allah adalah dari golongan ulama’ (orang alim).”

Jika ilmu di ibaratkan sebagai pokok, maka amal diibaratkan sebagai buah. Daripada ilmu terbit amal. Bak kata pepatah Arab, ilmu tanpa amal, umpama pokok yang tidak berbuah. 

No comments:

Post a Comment