Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Saturday, August 29, 2009

Mohon sumbangan bantu warga emas, ibu tunggal,anak yatim dan fakir miskin

Sempena ketibaan bulan Ramadhan 1430/2009 ini, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DEWAN 
MUSLIMAT PAS (LKKP) GOPENG akan menganjurkan program Menyampaikan Bantuan kepada mereka yang memerlukan khususnya sempena Bulan Ramadhan dan kedatangan Idul Fitri.

Program ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan lagi penghayatan roh bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada makhluknya yang melakukan pelbagai ibadah seperti kebajikan di bulan ramadhan, di samping menunaikan kewajiban melakukan amalan puasa wajib.

Kutipan ini bagi mengisi Tabung Kebajikan DPMG yang bertujuan untuk :
1) Memberi sumbangan kepda anak-anak yatim dan fakir miskin untuk menyambut hari raya
2) Memberi sumbangan kepada ahli-ahli PAS dan masyarakat setempat yang ditimpa musibah
3) Menjalankan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan oleh Lajnaj Kebajikan DMPG

Hubungi Puan Maznah Ismail (0194269001) @
             Puan Izzah               (0135020528)
                                             Gambar sekadar hiasan
 
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang meluaskan (pemberian rezeki), dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan                                             -  Surah Al-Baqarah (ayat 245)

Kerjasama dan bantuan didahului dengan ucapan jazakallahu khairan kathira.

MENYEMARAK KEMENANGAN, MENYATU RAKYAT
Menjiwai Aqidah Perjuangan

No comments:

Post a Comment