

Kesedihan mengiringi pemergian Allahyarham YB Dato' Ustaz Hamdan Abdul Rahman. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt. dan tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Beliau adalah bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang , juga merupakan Calon Barisan Alternatif yang mewakili PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS), bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.11 PERMATANG PASIR di Kawasan PERMATANG PAUH.
Saya pernah berkesempatan bersama-sama di dalam program dan majlis tarbiyyah bersama Allahyarham semasa bergiat di Pulau Pinang. Semoga segala amal solehnya diterima disisi Allah. Dari Allah kita datang kepada Allah kita dikembalikan.
Al Fatihah.
No comments:
Post a Comment