Alhamdulillah saya diberikan peluang dan kesempatan oleh Allah swt. untuk sama-sama berkongsi dan menyebarkan ilmu-ilmu Islam di kesempatan hidup dan hayat yang dikurniakan oleh Allah..Bukannya pandai sangat, hanya insan lemah yang mencintai ilmu Allah dan mengharapkan umat Islam di Malaysia ini bersama-sama menghayati syariat Allah dan meletakkan Islam di tempat yang tinggi.
Selain daripada kerja-kerja jamaah, sememangnya perancangan Allah yang merencanakan saya dilantik sebagai Guru Agama Dakwah (diberi tauliah). Alhamdulillah, dapatlah saya berkongsi sedikit sebanyak ilmu dan berdakwah secara rasmi di pusat pengajian dan latihan di kawasan sekitar Ipoh ini. Sememangnya umat Islam kini sangat memerlukan kepada Islam dan terlalu kontang pengetahuan tentang Islam.. Peluang ini membuka ruang untuk merapatkan silaturahim dengan ramai remaja dan muslimat..
Usrah, program kawasan dan negeri, kelas pengajian,....Memanglah sibuk dan ketat jadual setiap minggu..sampai ke malam..tapi alhamdulillah, manisnya berjuang di jalanMu dan alhamdulillah juga kerana suami tetap setia dan memahami...
Sepatutnya banyak lagi peluang diberikan kepada para alim ulamak kita untuk berdakwah dan mentarbiyyah manusia supaya manusia tidak berada di dalam kegelapan kejahilan..
Sebenarnya ramai di kalangan masyarakat yang cintakan Islam tetapi mereka tidak tahu dan tidak berjumpa...seperti permata yang hilang...janganlah cepat kita menghukum mereka, tetapi sampaikanlah walaupun satu ayat..
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment