Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Saturday, August 1, 2009

Rakyat yang berhimpun Secara Aman Ditangkap



Betapa cekapnya POLIS DI-RAJA MALAYSIA kita menangkap rakyat yang berhimpun secara aman dan tidak bersenjata...dan mereka juga adalah warganegara yang baik yang selama ini menyumbang, bekerja dan berkhidmat untuk negara (walaupun bukan kakitangan kerajaan..kerana setiap warganegara yang baik itu menyumbang secara tersendiri untuk pembangunan negara).

Malah ada yang ditangkap semata-mata kerana membawa lencana,topi atau banner berkaitan ISA..MasyaAllah,

Norlaila Othman, ahli jawatankuasa GMI, dan seorang aktivis bersama NGO itu Narshita Mohd Nor ditahan bersama pemimpin Muslimat PAS Aiman Athirah al-Jundi.

Nak kata apa lagi selain perkataan ZALIM!

YA ALLAH, JANGANLAH KAU JADIKAN KAMI TERMASUK DALAM GOLONGAN YANG ZALIM.

No comments:

Post a Comment