Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Monday, July 27, 2009

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA KEMALANGAN NGERI

Nyawa lima sekeluarga melayang - Perodua Kenari hancur dilanggar lori kontena...


ORANG ramai melihat kereta Kenari yang hancur dilanggar lori kontena di Jalan Kuantan-Maran, Maran semalam.



ATAS DARI KIRI: NASARUDIN, SEPIAH, FATMAWATI.
BAWAH: SYAKIRIN dan NADZIF

MARAN - Lima sekeluarga termasuk seorang ibu mengandung dan bayi lelakinya berusia 10 bulan terbunuh selepas kereta Perodua Kenari yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori kontena bermuatan tong gas di Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Kompleks Rakan Muda di sini semalam.

Empat ahli keluarga berkenaan termasuk bayi tersebut dipercayai tercampak keluar dari kenderaan manakala seorang lagi mangsa tersepit di tempat duduk. Kesemua mereka maut di tempat kejadian.

Mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta, Nasarudin Abdul Aziz, 32, pembantu rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Purun, isterinya, Fatmawati Harun, 30, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Purun yang mengandung tiga bulan dan anak sulung mereka, Mohd. Nadzif Iman Nasarudin, 10 bulan. Mereka tinggal di Felda Purun, Triang dekat Bera.

Turut maut ialah ibu Fatmawati, Sepiah Mohamad, 60, dan anak bongsunya yang kurang upaya, Mohd. Syakirin, 23. Kedua-duanya tinggal di Felda Jengka 5.

Pemandu lori kontena berusia 39 tahun hanya mengalami cedera ringan di kaki dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk rawatan manakala kelindannya yang berusia 17 tahun tidak cedera.

Sumber : Kosmo Online!


MARAN: “Berderau darah saya melihat mayat bayi dalam longkang, tiga mayat lagi bergelimpangan, manakala satu lagi tersepit dalam kereta.“Saya menitiskan air mata kerana suasana ketika itu begitu dahsyat dengan keadaan mayat cukup mengerikan terutama mayat bayi itu yang pecah kepala hingga menampakkan isi,” kata Azmi Mohamad, 42.Dia antara saksi awal kemalangan membabitkan sebuah lori kontena dengan Perodua Kenari di Jalan Kuala Lumpur-Kuantan berhampiran Kompleks Rakan Muda Maran di sini, semalam.Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, lima sekeluarga terbabit maut apabila kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah lori kontena ‘terbang’ sebelum diseret kira-kira 80 meter dan melanggar tebing bukit.


Mereka yang terbunuh ialah pembantu am rendah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Purun, Triang, Nasaruddin Abdul Aziz, 32; isterinya, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Purun, Fatmawati Harun, 30, yang hamil tiga bulan, anak pasangan itu, Muhammad Nazhif Iman, 10 bulan, ibu Fatmawati, Sepiah Mohamad, 60, dan adik Fatmawati, Mohd Syakirin, 23.


Azmi berkata, kemalangan itu paling ngeri pernah dilihatnya dan sukar untuk menceritakan keadaan mangsa kerana terlalu ngeri.

“Saya turut membantu anggota bomba mengangkat mayat keluarga berkenaan dan mengutip cebisan daging dan anggota badan yang terputus dan hancur akibat rempuhan kuat kenderaan berat itu.

“Ini kali kedua saya melihat kemalangan maut di tempat sama. Nahas lima tahun lalu turut mengorbankan lima nyawa, tapi kali ini lebih dahsyat,” katanya.

Sementara itu, abang sulung Fatmawati, Alias, 43; berkata dia terkejut apabila dimaklumkan lima anggota keluarganya terbunuh dalam kemalangan itu ketika dihubungi bapa tiri, Wan Jaafar Wan Jusoh, 65, selepas tamat bertugas sebagai anggota polis di Bera.

“Kali terakhir saya bertemu mereka di rumah ibu (di Jengka 5) kerana semalam (kelmarin) kami berkumpul dan makan bersama ketika pulang bercuti hujung minggu.

“Saya sempat berbual dengan mereka sebelum bergegas pulang untuk bertugas kira-kira jam 5 pagi tadi (semalam). Pemergian mereka begitu mengejutkan kerana masing-masing tidak menunjukkan sebarang perubahan atau sikap pelik,” katanya ketika ditemui di luar bilik mayat Hospital Bandar Jengka.

Menurutnya, lebih menyayat hati, keluarganya baru menerima berita gembira bakal menyambut ‘orang baru’ apabila Fatmawati yang juga anak kelima daripada tujuh beradik itu disahkan hamil tiga bulan.

“Fatmawati beritahu dia mengandung ketika kami berkumpul beramai-ramai dan adik saya begitu gembira kerana bakal mendapat cahaya mata kedua selepas tiga tahun berumah tangga.

“Saya juga sedih dengan kehilangan adik bongsu, Mohd Syakirin, yang juga insan istimewa kerana menjadi penyeri keluarga kami dengan gelak tawa setiap kali berkumpul,” katanya.

Katanya, jenazah anggota keluarganya akan dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Islam Felda Jengka 5 sebaik selesai dibedah siasat.


Sumber : Metro Online!



P/S: DMPKG mengucapkan takziah dan turut sama bersedih bersama-sama keluarga mangsa. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang terlibat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Saturday, July 25, 2009

Siasatlah dengan adil & saksama






Pertama dan kedua adalah gambar mayat Teoh Beng Hock yang ditemui bersebelahan pejabat SPRM di Shah Alam.









Yang ketiga adalah gambar mayat seorang pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Gambar ketiga daripada blog Caker Ayam Atos. Menurut laporan Bernama, Mohd Khalis Zulkifli Rahman terjatuh dari tingkat 4 bangunan asrama tersebut. Bukan bermaksud apa-apa hanya sekadar perbandingan keadaan mayat setelah terjatuh daripada bangunan tinggi...

Apakah perbezaan ketara dalam kedua-dua gambar di atas?

Sebagai maklumat tambahan, Teo Beng Hock laporan media jatuh dari tingkat 14 (pejabat SPRM Selangor) ke tingkat 5 bangunan Plaza Masalam. Maknanya, beliau jatuh setinggi 9 tingkat ketinggian bangunan.

Kalau selepas serangan 9/11 di New York ramai yang menulis analisa berdasarkan gambar-gambar dan video kejadian, tak tau lah kalau ada di kalangan anda yang mampu menganalisa perkara ini berdasarkan kedua-dua gambar di atas.


Lagu mana seluar Teoh boleh terkoyak sampai lagu tu? Hairannya..kenapa tidak kelihatan darah yang kalau dari segi sains sepatutnya banyak ..penuh di atas lantai.... Zaman sekarang ni pelajar sekolahpun mampu berfikir dan mempersoalkan benda-benda macam ni..takkanlah mereka yang profesional dan pakar serta pihak berkuasa tak pelik???


Apa-apapun rakyat Malaysia berharap kepada keadilan dan ketelusan daripada kerajaan Malaysia yang telah dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia...

Adakah Kematian Michael Jackson Satu Konspirasi

Sabtu, Julai 25, 2009

Konspirasi Kematian Michael Jackson

Adakah Ini Konspirasi Kematian Micheal Jackson




Konspirasi Kematian Michael Jackson



Konspirasi Kematian Michael Jackson Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk translatekan forward email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.

Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.

Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.

Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”.. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia..

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain

Dialihbahasa oleh http://beautifulnar a.com

SIS : Hukuman sebat (syariah) bercanggah dengan hak asasi manusia

Posted on Friday, July 24 @ 17:00:00 PDT by KetamBatu
Oleh: dewa

"Sister Anti Islam dengan celuparnya membuat serangan terbaru ke atas Islam dengan membuat kenyataan media menghina-hina sistem perundangan Islam khususnya sebat sebagai bercanggah dengan hak asasi kemanusiaan. Kalau sudah begitu benci sekali kepada Islam, mengapa tidak tukar agama saja?

Itulah soalan penulis kepada seorang ahli Sister Anti Islam. Jawapan yang diberikan ialah bukan mudah nak tukar agama di Malaysia ni. UMNO berdiri teguh menghalang pengharaman SIS. Artikel disertakan.

Whipping violates human rights
Friday, 24 July 2009 07:50am
©The Nut Graph

SISTERS in Islam (SIS) urges the government to review whipping of women as a form of judicial punishment by the syariah courts. Whipping constitutes further discrimination against Muslim women in Malaysia and violates constitutional guarantees of equality and non-discrimination.

Only Pahang, Perlis and Kelantan provide whipping of women under their Syariah Criminal Offences Code.

Whipping of women under syariah criminal offences legislation also contradicts civil law where women are not punishable by whipping under Section 289 of the Criminal Procedure Code. Whipping of men, meanwhile, is limited by age.

Nor is whipping for consuming alcohol considered proportional to the gravity of the offence. There is no consensus among Muslim scholars on the range of crimes for which whipping is prescribed, nor on whether women should be whipped.

Whipping as a form of punishment also violates human rights principles, in particular the right to be free from cruel, inhuman and degrading treatment or punishment.

---------

Friday, July 24, 2009

TAHNIAH KEPADA SUAMI TERSAYANG

Graduation Graphics

TAHNIAH DIUCAPKAN SUAMI TERSAYANG DI ATAS KEJAYAAN MENAMATKAN PENGAJIAN MASTERS IN EDUCATION (UPM)...ALHAMDULILLAH..SEMOGA DIBERKATI DAN MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA UMAT ISLAM..

TERIMA KASIH JUGA KERANA MENGIZINKAN ISTERIMU AKTIF DI DALAM PERJUANGAN ISLAM.

"SELAMAT BERKONVOKESYEN"

SELAMAT HARI JADI KEPADA NAUFAL


Kegagahan jelas terpampang...siap siaga untuk berjuang..



Birthday Graphics


p/s: Naufal ialah anak kepada Setiausaha Dewan Muslimat PAS Gopeng

Dun Galas dalam perhatian ?



kelulut@telokbakong.com
23.07.09


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS kawasan Galas di Parlimen Gua Musang, Che Hashim Sulaima, 45, kini dilaporkan dalam keadaan uzur akibat kanser perut.

Menurut sumber rakan terdekat Che Hashim berkata beliau kini sentiasa berulang-alik dari kawasannya ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan kimoterapi bagi penyakitnya itu, yang kini berada di tahap empat.

Itu antara petikan akhbar yang pernah tersiar sebelum ini .

Minggu lepas penulis bertemu dengan biras yang bertugas sebagai SB .Beliau terlibat dan bertugas di PRK Bukit Gantang sebelum ini .

Setiap kali bertemu antara topik penting jadi bahan adalah politik.Malah PRK sebelum ini penulis sering bertanya tentang peluang PR.

Jawapan beliau sering positif , PR menang katanya .

Setelah kemenangan di Manek Urai dia mengingatkan bahwa Dun Galas didalam Parlimen Gua Musang sedang didalam perhatian .

Secara logiknya Umno pasti sudah menggerakkan jentera sedikit demi sedikit .

Apakah PRK akan berlaku lagi ? Jika SB sudah berkata demikian maksudnya sebarang kemungkinan perlu di hadapi .

Walau bagaimana pun sebagai muslim , ayuh kita mendoakan agar YB Che Hashim Sulaima di sembuhkan oleh ALLAH SWT .

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

P/S: YA ALLAH ..JANGANLAH ENGKAU BEBANKAN KAMI BEBAN YANG BERAT SEBAGAIMANA ENGKAU BEBANKAN KEPADA ORANG-ORANG SEBELUM KAMI...YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU PIKULKAN KEPADA KAMI SESUATU YANG TAK SANGGUP KAMI MEMIKULNYA. AMPUNILAH KAMI, DAN RAHMATILAH KAMI. ENGKAU PENOLONG KAMI,MAKA TOLONGLAH KAMI TERHADAP KAUM YANG KAFIR.

CIA DALANG SERANGAN DI JAKARTA - ABU BAKAR BASHIR





SOLO - Bekas pengasas Majlis Mujahideen Indonesia (MMI), Abu Bakar Bashir (foto) kelmarin menuduh Agensi Perisikan Pusat (CIA) menjadi dalang serangan bom ke atas Hotel JW Marriott dan Hotel Ritz Carlton di Jakarta pada Jumaat lalu.

“Ia adalah angkara CIA, sama seperti pengeboman di Bali. CIA menggunakan Mujahideen yang mahu melakukan jihad,” katanya.

Abu Bakar berkata, CIA berhasrat untuk menimbulkan kebencian terhadap Islam menerusi serangan itu supaya pemimpin Islam ditangkap manakala kumpulan-kumpulan pengajian Islam diharamkan.

Beliau turut menyangkal segala tuduhan yang cuba mengaitkannya dengan serangan itu.

“Saya bukan pakar bom. Saya tidak tahu apa-apa mengenai bom,” katanya.

Abu Bakar juga menafikan kewujudan Jemaah Islamiah (JI) yang didakwa pihak berkuasa sebagai mempunyai kaitan dengan rangkaian al-Qaeda.

“Adalah salah untuk mengatakan JI berpecah kepada dua kumpulan. Setahu saya, JI adalah sebuah kumpulan penyelidik di Mesir,” katanya.

Abu Bakar kini menjadi pemimpin Jemaah Ashorut Tauhid (JAT), badan induk kepada kumpulan-kumpulan yang memperjuangkan pelaksanaan undang-undang syariah.

Beliau menubuhkan JAT pada September tahun lalu selepas meninggalkan MMI yang diasaskan dan dipengerusikannya selama empat tahun berikutan perselisihan pendapat dengan beberapa pemimpin kumpulan itu.

Komen beliau itu adalah kenyataan terbuka yang pertama dibuat olehnya berhubung insiden pengeboman terbaru di Jakarta.

Monday, July 20, 2009

Wajah & Hati Yang Cantik



Isnin, Julai 20, 2009

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdo'a.

Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'senaman'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikailah pada Allah SWT dengan zikir dan do'a.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR
Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Nizar pegang lilin : Kenyataan Media ADUN Titi Serong.

20 Julai 2009

Sekadar bergambar di dalam gelap dengan memegang lilin pada malam 18 July dihadapan Wisma DAP setelah beberapa ucapan untuk memberi semangat kepada penyokong PR yang hadir. Jangan pula memutar belit gambar ini kononnya begitu dan begini....


Ekoran dari kematian secara misteri yang menggemparkan seluruh negara ke atas Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Selangor di Bangunan SPRM Selangor, dan membawa kepada beberapa sidang media dan perhimpunan yang diadakan diseluruh negara termasuklah yang telah dianjurkan olah Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dihadari oleh DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dan saya sendiri..

Isu yang sedang dibicarakan ialah mengenai tindakan kami berada dalam majlis yang kononnya memperingati kematian Teoh Beng Hock dan memegang lilin dan dikaitkan dengan tindakan kami yang kononnya bercanggah dengan ajaran Islam.

Berkebetulan sebagai seorang Cina Islam saya rasa terpanggil untuk menjawab isu tersebutAkhbar Sinar Harian edisi pada hari ini pada perenggan pertama, kedua dan ketiga menyiarkan kenyataan seperti berikut :-

"Tindakan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin memegang lilin semasa menyertai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock baru-baru ini, adalah luar budaya Islam

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid berkata, sebagai pemimpin beragama Islam, Nizar tidak sepatutunya memegang lilin pada acara keagamaan itu, perbuatannya akan mempengaruhi masyarakat Islam kerana beliau adalah seorang pemimpin dan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Kita bimbang soal haram atau halal diketepikan semata-mata mahu mengejar kepentingan politik parti tertentu didalam negara ini" Katanya kepada Sinar Harian semalam"

Berikutan dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Saya menafikan bahawa gambar dan majlis yang didakwa sebagai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pihak diatas. Gambar tersebut dan upucara menyalakan lilin adalah semasa sesi Sidang Media pada jam 11.00pagi 17 July , bertempat di wisma DAP Ipoh. Sidang Media tersebut dianjurkan oleh Skretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh sekitar 20 ADUN PR dan pimpinan tertinggi parti.

2. Memegang lilin dan Colok bagi orang cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Kebetulan saya adalah bekas penganut agama Buddha selama 22 tahun sebelum memeluk Islam, saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China. Sebab itulah jika kita berkunjung dimana-mana mesjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual dimesjid.

Semasa sembahyang hari raya puasa atau haji, jangan terkejut bila kita menyaksikan kumpulan Imam dan Persatuan Islam serta AJK Mesjid berbaris masuk ke dalam mesjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir hari raya, dan sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang colok itu ditinggalkan diluar (saya ada koleksi gambar mengenai upucara ini).

3. Kami sama-sama memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media itu dan bukannya bertafakkur seperti yang diminta. Sebelum ini sudah sekian banyak teman bukan muslim yang menghormati upucara membaca doa dan pelbagai majlis.

4. Saya mempersoakkan kenapa perkara ini diperbesarkan termasuk oleh Bapak Prof kita yang nampaknya berat sebelah dalam menilai perlakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. kenapakah pokok persoalan asal yang lebih besar yakni tindakan menghilangkan nyawa yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan. Sepatutnya soal itu didahulukan dalam perkara ini.

5. Saya takut nanti pihak berkenaan nampak berani berkokok dalam masa lain melibatkan pemimpin UMNO senyap dan, "punggung penuh dengan najis".

6. Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin UMNO yang mengaku beragama Islam wajib ditegur olweh Bapak Prof. Kenapa hanya berdiam diri. Paling besar dalam persoalan upucara di Tugu negara yang telah difatwakan.

7. Saya berharap penjelasan ini meredakan suasana resah yang segaja menimbulkan firnah kepada kami serta tidak mustahil mengelirukan ahli PAS dan penyokong pakatan Rakyat.

Allahu Aklam....

Kenyataan media pada 20 July 2009

Drs.Khalil Idham Lim,
ADUN Titi Serong/
Ketua Penerangan PAS Perak,

HIMPUNAN MESRA MUSLIMAT ZON BANDARAYA

codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=8,0,0,0"
width="400" height="56" id="TextSpace">






LCD Text Generator at TextSpace.net

Sape nak cube buat Biskut Arab...



Biskut Arab

Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
250 gm minyak sapi QBB
250 gm gula kastor
Cara-cara:
1. Tepung gandum di goreng dahulu. Sejukkan kemudian diayak. (mklang bakar dlm oven aje)
2. Campurkan tepung gandum dengan minyak sapi dan gula kastor.
3. Gaul rata hingga boleh diuli.
4. Bulat-bulatkan dan masukkan dalam paper cup.
5. Bakar selama lebih kurang 10-15 min. Nota : bila dah masak, maklang golek dlm gula castor.

Sunday, July 19, 2009

Adab Pergaulan Lelaki & Perempuan




Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan

Ucapan yang makruf dan sopan
Firman Allah:

“Dan ucaplah kata-kata yang makruf.”
Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.”

Menundukkan pandangan

Dalam surah an-Nur, terdapat perintah Allah menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.


Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu, menurut Ibnu Syiahab az-Zuhri.


Tidak berkhalwat (berdua-duaan)

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Janganlah sekali kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia muhramnya.”


Menghindari tempat syubhat

Sabda Rasulullah SAW:

“Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu…” (Riwayat Bukhari)


Adab khas untuk wanita • Iltizam dengan pakaian Islam



Firman Allah:

“Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka.”

Dan firmanNya lagi:
“Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliyyah bertabrruj.”


Serius dalam ucapan

Tidak ‘mengada-ngada’ atau bermanja-manja dalam percakapan.

Firman Allah :
“Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.”
• Menjaga pergerakan

Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah:

“Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.”

Taklimat Pengurusan Penerangan PAS Gopeng & MTD


~gambar-gambar oleh ajijoi

19.07.09
Alhamdulillah, Lajnah Penerangan PAS Kaw. Gopeng telah mengadakan program Taklimat Pengurusan Penerangan pada pagi tadi.

Taklimat ini bertujuan menyampaikan maklumat & garis panduan kepada semua Ketua Penerangan & AJK di semua peringkat samada Kawasan, Cawangan, Dewan dan juga UPU. Jadi selepas ini sepatutnya Penerangan & Dakwah akan mantap..tetapi seperti nama Lajnah ini peranan kita bukan sahaja menerang malah mesti berdakwah..

Semasa Ucapan Perasmian, YDP PAS Kaw. Gopeng, Hj. Abdul Rahim Md. Ariff menyarankan agar Ketua Penerangan & ahli supaya meningkatkan diri dengan ilmu dan maklumat.

Sebanyak 3 pembentangan telah berjaya disampaikan oleh para penceramah jemputan yang berpengalaman dalam gerakerja pilihanraya secara terus.

Muslimat tidak dapat menghantar ramai wakil disebabkan pertembungan program DMP negeri. Sedih juga teman tak dapat bersama-sama sahabat-sahabat yang lain di Air Kuning..


p/s: Semalam 18.07.09 DMPKG juga telah mengadakan Kursus Gerakerja Pilihanraya..tak dapat pergi ke Klinik Rawatan Alternatif & Khid. Kesihatan di Biosirih anjuran Pusat Khidmat DUN Sg Rapat.

Saturday, July 18, 2009

CABARAN DALAM MENGHADAPI PILIHANRAYA SERTA RENUNGAN UNTUK PARA MUSLIMAT DAN MUSLIMIN

Manek Urai telah membentangkan kepada kita seribu satu pengajaran . Telah terbukti yang berkuasa memberikan kemenangan adalah Allah dan Dia jualah yang berkuasa menarik balik kemenangan jika dikehendaki.

PRK DUN Manek Urai menyaksikan betapa manusia yang menghadapi kesusahan hidup diuji dengan kebendaan yang sudah pasti sangat-sangat berharga di kala keperitan dan kesempitan hidup begitu menekan. Jika ada ahli PAS yang tewas kepada ujian kebendaan ini ...maka sudah barang tentulah kita mesti bermuhasabah dan merenung MENGAPA PERKARA INI BOLEH TERJADI? ...DAN BAGAIMANA MENGELAK PERKARA INI DARIPADA BERULANG.

Mungkin mudah kita menuding dan menyalahkan kerana tidak istiqamah dalam perjuangan...tetapi bagi insan yang mengalami keperitan hidup dan terdesak...merasakan siksanya ketika nak makan tak ade duit....bagi kita yang tidak pernah keputusan duit dan cukup bulan dapat gaji apatah lagi kalau berlebihan dan mewah...mungkin susah memahami situasi mereka...oleh itu jamaah mesti mengambil tahu dan mengambil berat kesusahan hidup masyarakat di sekeliling kita...setiap kita yang mempunyai maklumat..sampaikanlah kepada ajk Cawangan atau Kawasan...berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Jika mengharapkan AJK Dewan sahaja sudah pasti tidak mampu dilaksanakan semuanya....WAHAI MUSLIMAT GOPENG , TURUNLAH BERJUANG BERSAMA-SAMA...HULURKAN TENAGA DAN WANG RINGGIT UNTUK PERJUANGAN LILLAHI TAALA....WAHAI PARA MUSLIMIN DAN PARA SUAMI, IZINKANLAH ANAK DAN ISTERIMU UNTUK SAMA BERJUANG...PUJUKLAH MEREKA DAN BERMUNAJATLAH SEMOGA MEREKA INGIN DAN BERCITA-CITA SERTA TURUT SAMA DALAM PERJUANGAN JAMAAH ISLAM YANG TERCINTA....JIKA KE PASARAYA DAN PASAR MALAM SERTA TEMPAT PERANGINAN KITA BOLEH BAWA ANAK DAN ISTERI KENAPA UNTUK PROGRAM DAN KERJA JAMAAH SUSAH SEKALI....


Imam Hasan al-Banna menyatakan di dalam Risalahnya : Ia adalah kewajipan yang berterusan sehingga hari kiamat seperti maksud hadith Rasulullah saw ”Barangsiapa yang mati sedangkan dia tidak berperang (fisabilillah) atau tiada niat untuk berperang fisabilillah maka matinya adalah (seperti) mati jahiliyah”. Adapun martabat yang paling rendah ialah (jihad melalui) engkar dengan hati , manakala yang paling tinggi ialah berperang fisabilillah.”

”Di antara cara berjihad ialah melalui jihad lisan (nasihat), jihad melalui pena dan tangan (kuasa). Begitu juga dengan berkata benar terhadap pemerintah yang zalim.
Sesungguhnya dakwah tidak akan hidup tanpa jihad.”


” Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”

(29:69)


” Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;”

(4:95)
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga.”

WASSALAM.
(9: 111)

Syabas kepada muslimat yang hadir Kursus Gerakerja P/Raya

Alhamdulillah HalWa (Hal Ehwal Wanita) DUN Sg, Rapat telah berjaya mengadakan Kursus Pilihanraya pada pagi tadi dari jam 9.30 pg hingga 12.00 tgh. Walaupun kedatangannya tidaklah seramai yang datang ke pasar malam atau pasar tani atau ke 'Supermarket' tetapi itulah sunnatullah...golongan yang hendak mempertahan dan memperjuangkan Islam merupakan golongan yang sedikit...tetapi di waktu kemenangan....ramai pula yang meraikan...wallahualam.

Mudah-mudahan muslimat DUN Sungai Rapat telah mendapat sedikit sebanyak ilmu-ilmu pilihanraya di samping sentiasa mempertingkatkan ilmu dan maklumat sama ada melalui kursus, majlis pengajian, kuliah haraki atau melalui usrah. Rajin-rajinlah berusrah...jika cawangan masing-masing tiada naqibah atau bermasalah untuk dilaksanakan usrah..., hubungilah ajk DMPG.

Sebagai renungan...(jangan renung aje..) :

Benarkah kita berjuang ? , kerana kita pun tidak jelas matlamat dan hala tuju perjuangan . jamaah kita ni gerakan Islam ke ? atau parti politik semata ? Slogan perjuangan pun gagal kita hayati . Matlamat kita , dustur kita , landasan kita , ikutan kita , cita - cita kita tidak mendarah daging dalam diri kita . malang , sering kita ni cakap lain tetapi tindakan kita lain pula .

Benarkah kita berjuang ? , banyak sungguh dosa kita . Makin berjuang makin tambah dosa . Dosa mengumpat , dosa mengutuk , dosa salah sangka , dosa mencantas , dosa memfitnah , dosa menipu , dosa tidak taat kepada pimpinan , dosa tidak tunai amanah perjuangan , dosa dedah rahsia jamaah , dosa khianat kepada sahabat seperjuangan , dosa hipokrit , dosa melukakan hati anggota jamaah , dosa dedahkan aib pimpinan dan anggota jamaah , dosa mata , dosa tangan , dosa kaki , dosa telinga , dosa mulut , dosa hati , dosa otak , dosa .... , dosa .... , dosa .....dan dosa .....


Ingatlah , kita berjuang bukan untuk berpolitik . Kita berjuang bukan untuk berkuasa . Kita berjuang bukan untuk mencari pengaruh . Sebaliknya kita berjuang untuk mendaulatkan Islam manakala politik , kuasa dan pengaruh hanya alat untuk mencapai matlamat yang kita perjuangkan itu .


"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?”

(3: 142)

Friday, July 17, 2009

Tokoh pemimpin ulung dunia Islam, Sultan Muhammad Al Fatih.

SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH

Semoga dapat dimanfaatkan oleh umat Islam dalam menghayati sirah dan seterusnya meningkatkan semangat dalam perjuangan Islam yang tercinta ini.

Sultan Muhammad Al Fatih (dikenali juga dengan nama Sultan Muhammad II atau Muhammad The Conqueror). Sultan Muhammad Al Fatih merupakan seorang pemimpin yang hebat. Perihal tentang baginda pernah disebut Rasulullah SAW di dalam satu Hadisnya.

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Apabila Nabi Muhammad s.a.w. menyebut bahawa Constantinople akan dibuka oleh raja dan tentera terbaik, kerajaan Islam sepanjang zaman telah berusaha menjadikannya kenyataan. Selepas cubaan selama 800 tahun, barulah ia berlaku. Hagia Sophia (Aya Sofiya) di Istanbul simbol kejayaan Sultan Muhammad Al Fatih membuka Constantinople. Sekalipun tentera Islam telah menduduki pusat pemerintahan Byzantine itu, monumen berharga seperti Hagia Sophia tidak dimusnahkan, sebaliknya mengekalkannya sebagai masjid.

SULTAN MUHAMMAD AL FATIH

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT di dalam Hadis Rasulullah tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Diantaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”.Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.


Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam Hadis tersebut.


PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih dan Muhammad The Conqueror kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagaman, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople dimana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut dihujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak


Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia
oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah AllahuAkbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah
meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.




KURSUS GERAK KERJA P/RAYA

codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=8,0,0,0"
width="400" height="46" id="TextSpace">






LCD Text Generator at TextSpace.net

Wednesday, July 15, 2009

codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=8,0,0,0"
width="400" height="48" id="TextSpace">






LCD Text Generator at TextSpace.net

ALHAMDULILLAH.

ALHAMDULILLAH, PAS MENANG DI MANEK URAI WALAUPUN DENGAN KEMENANGAN TIPIS 65 UNDI. SEMOGA SETIAP KITA AKAN MENERUSKAN KERJA BUAT KITA DAN MENINGKATKAN AMALAN SERTA MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT.

SESUNGGUHNYA HANYA ALLAH YANG MAHA BERKUASA ATAS TIAP-TIAP SESUATU DAN KEPADANYA KITA AKAN DIKEMBALIKAN.

ALLAH HUAKBAR.

Tuesday, July 14, 2009

KEPUTUSAN RASMI
UNDI PAS
5347
UNDI BN
5283
MAJORITI 64
JUMLAH UNDI ROSAK 92
JUMLAH KELUAR MENGUNDI 10 722 (87.22%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG 4 DARIPADA 9
MASA 8.29 PM (rasmi)

YA ALLAH..KEPADAMU KAMI SERAHKAN SEGALANYA

KEPUTUSAN TIDAK RASMI
UNDI PAS
5347
UNDI BN
5283
MAJORITI 64
JUMLAH UNDI ROSAK 90
JUMLAH KELUAR MENGUNDI 10 746 (87.42%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG 4 DARIPADA 9
MASA 8.29 PM (rasmi)

BELUM ADA PEMENANG JELAS, UNDI DIKIRA SEMULA

KUALA KRAI: Ketika keputusan pilihan raya kecil DUN Manek Urai sepatutnya sudah diketahui, pengiraan semula undi pula kini berlangsung selepas kiraan awal menunjukkan PAS menang dengan undi tipis.

Bagaimanapun terdapat sumber yang mengatakan Barisan Nasional (BN) juga menang dengan undi tipis - dalam lingkungan 31 hingga 38 undi.

Oleh itu belum ada pemenang yang jelas.

Tahniah kepada mantan PA Datin Seri Fatimah Taat

Dalam suasana kesibukan...(ke buat-buat sibuk...) saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kpd mantan P.A. DS Fatimah Taat (isteri mantan MB atau Menteri Besar RAKYAT Perak yang sah) iaitu sahabat saya Puan Hamisah Abas kerana mendapat anugerah seorang puteri diberi nama...Nor Khairun Aishah Humairah...

Tak lupa juga TAHNIAH (walaupun agak terlambat) kpd Setiausaha DMP Neg Perak (anak ke-3), SERTA Haslinda (muslimat Cawangan Rapat Setia)..SEMOGA ZURIAT YANG DILAHIRKAN MENJADI PEJUANG ISLAM YANG SEJATI..

MENCEMASKAN....YA ALLAH BANTULAH KAMI MENEGAKKAN ISLAM

KEPUTUSAN TIDAK RASMI
UNDI PAS
5363
UNDI BN
5293
MAJORITI 70
JUMLAH UNDI ROSAK 90
JUMLAH KELUAR MENGUNDI
10 746 (87.42%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG 4 DARIPADA 9
MASA : 7.33 PM (FINAL TIDAK RASMI)

PRK MANEK URAI

KEPUTUSAN TIDAK RASMI
UNDI PAS
4701
UNDI BN
4577
MAJORITI 124
JUMLAH UNDI ROSAK 90
JUMLAH KELUAR MENGUNDI
9368
JUMLAH SALURAN MENANG 13
JUMLAH UPU 09
JUMLAH SALURAN
27
MASA : 7.24 PM

BN-Umno penyebab provokasi dan tragedi berdarah

TUESDAY, 14 JULY 2009 17:08

MANEK URAI, 14 Julai - Kehadiran Barisan Basional (BN-Umno), menjadi punca kejadian pergaduhan hingga melibatkan dua orang petugas PAS cedera parah di pusat membuang undi Sekolah Kebangsaan Sungai Peria, tengahari tadi.


Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, Pilihanraya Kecil Dun Penanti dan Manek Urai sangat berbeza sewaktu BN mengambil keputusan untuk bertanding pada pilihanraya itu.


"Suasana pilihanraya kecil di Penanti sangat aman sebab BN tarik diri, tapi bila BN bertanding di Manek Urai sampai ada petugas PAS cedera," tegasnya merujuk insiden yang berlaku tengahari tadi.


Menurut perbandingannya, faktor penyertaan BN di Manek Urai kali ini punca segala provokasi yang berlaku.


Tambahnya, beliau percaya provokasi itu sengaja diwujudkan pihak BN terhadap penyokong PAS dan Pakatan Rakyat, kononnya nak menghangatkan suasana tetapi yang berlaku sebaliknya.


"Mereka sengaja buat bermacam-macam provokasi kepada kita, kononnya nak menghangatkan suasana, tapi akhirnya ada yang tercedera akibat insiden baling-baling batu dan botol itu," kata ahli parlimen Rantau Panjang itu lagi.


Selain itu, Zailah khuatir budaya tidak sihat itu akan menular kepada rakyat Malaysia, terutamanya kepada golongan muda dan ia bertentangan dengan konsep 1 Malaysia yang dicanangkan Perdana menteri mereka, katanya.


"Dan dengan kejadian ini, rakyat dapat menilai kenapa semua yang berlaku hari ini boleh terjadi," ujarnya merujuk insiden yang berlaku.

Friday, July 10, 2009

Muslimah Islam dibunuh dengan kejam di mahkamah Jerman...


Ribuan masyarakat Mesir mengiringi jenazah semasa pengkebumian


DMP Kaw. Gopeng merasa sangat kesal dan sedih di atas pembunuhan seorang
muslimah di mahkamah Jerman Rabu lalu. Muslimah tersebut Marwa el Sharbini (warga Mesir) dibunuh dengan kejam oleh manusia yang kononnya bertamadun dan maju....pembunuhan kejam dengan 18 tikaman manakala suami beliau yang cuba menyelamatkan beliau ditembak oleh PEGAWAI POLIS (POLICE OFFICER..seperti yang diberitakan..) dan dalam keadaan kritikal. Lebih menyedihkan lagi muslimat tersebut sedang hamil 3 bulan.

Andaikata kejadian sebaliknya berlaku sudah pastilah satu dunia termasuk media-media negara Islam akan me war-warkan dan memperbesarkan berita ini dengan penambahan istilah 'muslim terrorist', tetapi oleh kerana orang Islam yang dibunuh oleh seorang kristian...tidak pula dilabelkan 'CHRISTIAN TERRORIST' ...inilah sikap 'double standard' golongan yang memusuhi Islam tanpa mereka kenal Islam yang sebenarnya.

Kejadian tersebut bermula daripada Marwa el Sharbini menyaman lelaki dikenali sebagai Alex W. yang mencacinya kerana memakai hijab. InsyaAllah, Marwa el Sharbini kini berbahagia dan mendapat kemuliaan disisi Allah..jenazahnya dibawa pulang ke Mesir untuk dikebumikan.

Mudah-mudahan umat Islam di seluruh dunia akan terus bersemangat memperjuangkan syariat Allah..dan seterusnya Islam berada di kedudukan yang tinggi.

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI AKHIRNYA SETUJU UNTUK DIHAPUSKAN???

RAKYAT DIDAHULUKAN!!!!Itulah slogan yang dicanang-canangkan oleh kerajaan kerana bertindak untuk menghapuskan PPSMI pada 2012.

Namun saya hairan la jugak (ramai yg lain pun hairan) ..kenapa nak tunggu 2012..kalau pilihanra ya umum ke 13 sebelum tarikh itu dan ditakdirkan PAKATAN RAKYAT memerintah...sememangnya PPSMI ni dihapuskan..kerana itu sememangnya diperjuangkan oleh PAS dan banyak lagi NGOs serta para ilmuwan pencinta bahasa.

Pelik...masa nak tukar dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris..senang je deme buat...buku teks kena buat baru...kursus ETeMs sana kursus sini...dan sebagainya...tergagap cikgu yg dah berpengalaman dan pakar dalam bidang sains ni nak mengajar dalam bahasa Inggeris...tapi bila nak kembali ke bahasa ibunda..kenapa ambil masa 3 tahun???

Sekarang ni barulah keluar statistik 'kegagalan' PPSMI....selama ni tak berani tunjuk dan menteri-menteri pun bercakap seolah-olah mereka ni pejuang rakyat dan pejuang bahasa...ish..ish...'confuse', 'confuse'......

Anak-anak yang di tingkatan 2...seronok la sikit...ya lah mana nak mentelaah konsep sains tu lagi nak faham bahasa Inggeris lagi...akhirnya yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran...

Semoga selepas ini semangat dan minat anak-anak Melayu terhadap Sains & Matematik akan kembali subur dan berkembang maju...TAKBIR.

BAHASA JIWA BANGSA.

Walau letih...USRAH TETAP BERJALAN..

Alhamdulillah..baru je abis usrah dengan anak-anak usrah (SOLAT ISYA' JAMAAH, terus mula usrah sampai kul 11.00 malam)..bebudak medik..seronok usrah ngan depa ni sebab depa walaupun sibuk sebagai student...medik pulak tu...tapi istiqamah dan komited ngan jamaah dan tarbiyyah...

Terlupa rasa letih badan bila usrah...maklumlah dah lah mengajar kelas pagi...petang sambung tusyen....balik rumah bersih rumah, masak...dah malam..terus usrah tak dan nak melabuhkan diri...tapi itulah perjuangan..moga-moga Allah memberikan saya kekuatan di dalam kerja-kerja Islam dan semoga amalan soleh ini sampai kepada kedua-dua ibubapaku.

InsyaAllah Jumaat ni usrah bersama muslimat cawangan...jangan lupa ye kawan-kawan..kita bincang Hadis..minggu lepas tertangguh.....JUMPA LAGI.

SIRU 'ALA BARAKATILLAH.

Tuesday, July 7, 2009

Amanat Pesuruhjaya PAS Perak..


Baru-baru ini (27 Jun'09) semasa majlis makan malam anjuran PAS cawangan Changkat Larang (Kawasan Gopeng) saya sempat mencatatkan beberapa butiran ucapan PJ, al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussein. Walaupun sedikit terlambat... namun amanat ini perlu dikongsi bersama ahli PAS Kawasan Gopeng khususnya...

1) Beliau merasakan tugas sebagai PJ merupakan amanah berat daripada PAS Pusat yg mesti dipikul.

2) MISI UTAMA PAS PERAK - adalah mengembalikan pemerintahan yg telah dirampas oleh BN (UMNO) yg diibaratkannya sebagai PARTI RAMPAS. UMNO disinonimkan dengan PARTI RAMPAS kerana bertindak merampas segala-galanya...merampas pemerintahan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat, merampas masjid, Surau, Dewan dsbnya.

3) Dlm menerima sesuatu berita...beliau mengambil contoh kisah Raja Najasyi...yg menerima dan memberi perlindungan kpd umat Islam yg berhijrah ke negerinya. Beliau tidak mendengar daripada satu pihak sahaja...yg sudah tentu berita yg diterima hanya memburuk-burukkan orang Islam...tetapi beliau bertindak mendengar sendiri berita/maklumat daripada sumber yg sah dan akhirnya bertindak melindungi orang yang berada di pihak kebenaran.

4) Berdoa semoga DUN Perak dibubarkan.
Perlu kerjasama semua pihak...bukan senang menghadapi BN..mereka mempunyai media..dsb....TETAPI PERISTIWA BADAR mengajar kita -siapa sangka umat Islam yang ketika itu golongan yang sedikit, tetapi dapat mengalahkan golongan yang ramai.

5) Suasana ukhuwah & mahabbah perlu dikekalkan di antara PAS, Keadilan & DAP di dalam PAKATAN RAKYAT.

Monday, July 6, 2009

Sebelum tibanya Ramadhan

الوقت هو الحياة

‘Masa adalah kehidupan.’

Betapa benarnya ulama’ tersebut tatkala beliau mengungkapkan kata-kata di atas. Masa lebih berharga dari emas, tidak mampu dijual beli dan tiada gantinya.

Detik masa akan sentiasa berlalu. Hari bertukar bulan, dan bulan bertukar tahun. Dan kini, samada kita sedar ataupun tidak, kita sudah menghampiri ke penghujung bulan Rejab. Sudah tiba masanya untuk kita sama-sama muhasabah diri, sejauh mana penghayatan kita terhadap sempena-sempena yang telah Allah sediakan untuk kita.

Bulan Rejab

Bulan rejab merupakan salah satu daripada empat bulan haram dalam kalendar Islam.

إن عدة الشهور عند الله اثنا عشر شهرا فى كتاب الله يوم خلق السموت والأرض منها أربعة حرم

‘Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram.’
At-Taubah : 36

Selain Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram, Rejab merupakan salah satu daripada bulan-bulan mulia, dimana diharamkan pertumpahan darah padanya. Juga sebagaimana bulan-bulan Islam yang lain, bulan Rejab dihiasi dengan ukiran peristiwa-peristiwa perjuangan Rasulallah dan Umat Islam. Bulan Rejab menjadi saksi kepada Hijrah pertama ke Habsyah, peristiwa Isra’ Mikraj, Perang Tabuk, pembukaan semula Baitul Maqdis oleh Salahuddin Al-Ayubi dan beberapa peristiwa yang lain.

Isra’ Mikraj

Peristiwa Israa’ Mikraj merupakan antara peristiwa yang paling istimewa dan luar biasa dalam hidup Baginda s.a.w. Beliau telah menjadi undangan Allah s.w.t. Dari Makkah ke Baitul Maqdis, dan seterusnya ke Sidratul Muntaha, beliau telah dimuliakan dengan pertemuan langsung dengan Allah s.w.t, pada tempat yang mana malaikat sendiri tidak dapat hadir.

سبحن الذى أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى الذى بركنا حوله لنريه من ءايتنا إنه هو السميع البصير

‘Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.’
Al-Isra’ : 1

Luka kehilangan Abi Talib dan Khadijah masih merah di hati, tatkala Rasulallah dengan penuh harapan memilih untuk berdakwah ke Thoif. Alangkah sedihnya hati tatkala menerima layanan yang tidak berperikemanusiaan oleh penduduk Thoif. Dalam pada itu, Rasulallah mengungkapkan kata-kata yang penuh bermakna;

إن لم تكن بك علي غضب فلا أبالى

‘Sekiranya engkau (wahai Allah) tidak murka kepadaku, maka aku tidak kisah.’
Betapa jelasnya Rasulallah s.a.w akan tugas yang dipikulnya. Beliau hanya penyampai dan Allah jualah pemberi hidayah. Para malaikat dan seluruh alam berkongsi kesedihan Rasulallah s.a.w, sehinggakan malaikat menawarkan untuk membinasakan penduduk Thoif.

Allah telah memilih masa yang paling sesuai untuk menyeru kekasih-Nya. Pertemuan dengan Allah s.w.t telah mengubati kesedihan Rasulallah s.a.w. dan memberi semangat baru kepada Baginda.


Umat Islam telah dihadiahkan dengan kewajipan solat. Kewajipan yang bakal menjadi rahsia perpaduan dan kekuatan ummat Islam. Betapa pentingnya solat sehinggakan Rasulallah s.a.w sendiri naik ke langit untuk menerimanya, dan bukan melalui perantaraan Jibril seperti kewajipan-kewajipan yang lain.


Peristiwa Isra’ Mikraj juga menjadi petanda bahawa Islam akan menerajui tampuk pemerintahan dunia satu masa nanti. Dengan menyebut Masjidilharam dalam ayat pertama surah Al-Isra’, Allah telah menjanjikan Makkah untuk muslimin, sedangkan Kaabah ketika itu dipenuhi berhala. Perjalanan Rasulallah s.a.w yang aman dari Makkah ke Palestin juga menjadi tanda bahwa Islam akan menguasai tanah diantara kedua-duanya.

Perjalanan Rasulallah s.a.w ke Baitul Maqdis menjadi petanda akan kepentingan dan ketuanan bumi Palestin kepada umat Islam. Bumi yang menjadi rebutan dan sentiasa bergelojak ini akan hanya aman apabila muslimin kembali memerintahnya.

Rejab dan Ramadhan

Apabila tibanya bulan Rejab, Rasulallah s.a.w akan meningkatkan amalan beliau. Terutamanya puasa. Ini kerana Rejab merupakan titik tolak untuk menghadapi Ramadhan. Doa Rasulallah s.a.w ketika datang bulan Rejab;

اللهم باركلنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan pertemukanlah kami (panjangkan umur kami sehingga dapat berjumpa) dengan Ramadhan.’

Apabila tiba sahaja Ramadhan, Rasulallah s.a.w dan para sahabat akan mengucapkan selamat tinggal sesama mereka. Beruzlah dan bermunajat, masing-masing berusaha untuk mencapai tahap yang tertinggi di sisi Allah s.w.t. Jelas kelihatan kesungguhan mereka, kesungguhan yang bermula daripada Ramadhan yang lepas, ditiupkan pada awal Rejab, yang akhirnya membara dan terus meningkat di bulan Ramadhan.


Syaaban menanti

Rejab yang bersejarah dan penuh dengan kebaikan ini akan pergi meninggalkan kita. Sedangkan kita baru sahaja berkenalan dengan Isra’ Mikraj, kepentingan Al-Quds dan perjuangan saudara kita disana.
Ramadhan al-Mubarak semakin menghampiri, malangnya kita masih belum mengorak langkah kearahnya. Puasa sunat kita masih longlai.
Adakah begitu malang nasib kita?
Sahabat yang dikasihi sekalian, ketahuilah bahawa pintu kebaikan sentiasa terbuka luas. Dan Allah tidak akan sesekali mensia-siakan amalan hambanya yang ikhlas.

إن الذين ءامنوا وعملوا الصلحات إنا لا نضيع أجر من أحسن عملا

‘Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.’
Al-Kahfi : 30