Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Saturday, July 18, 2009

Syabas kepada muslimat yang hadir Kursus Gerakerja P/Raya

Alhamdulillah HalWa (Hal Ehwal Wanita) DUN Sg, Rapat telah berjaya mengadakan Kursus Pilihanraya pada pagi tadi dari jam 9.30 pg hingga 12.00 tgh. Walaupun kedatangannya tidaklah seramai yang datang ke pasar malam atau pasar tani atau ke 'Supermarket' tetapi itulah sunnatullah...golongan yang hendak mempertahan dan memperjuangkan Islam merupakan golongan yang sedikit...tetapi di waktu kemenangan....ramai pula yang meraikan...wallahualam.

Mudah-mudahan muslimat DUN Sungai Rapat telah mendapat sedikit sebanyak ilmu-ilmu pilihanraya di samping sentiasa mempertingkatkan ilmu dan maklumat sama ada melalui kursus, majlis pengajian, kuliah haraki atau melalui usrah. Rajin-rajinlah berusrah...jika cawangan masing-masing tiada naqibah atau bermasalah untuk dilaksanakan usrah..., hubungilah ajk DMPG.

Sebagai renungan...(jangan renung aje..) :

Benarkah kita berjuang ? , kerana kita pun tidak jelas matlamat dan hala tuju perjuangan . jamaah kita ni gerakan Islam ke ? atau parti politik semata ? Slogan perjuangan pun gagal kita hayati . Matlamat kita , dustur kita , landasan kita , ikutan kita , cita - cita kita tidak mendarah daging dalam diri kita . malang , sering kita ni cakap lain tetapi tindakan kita lain pula .

Benarkah kita berjuang ? , banyak sungguh dosa kita . Makin berjuang makin tambah dosa . Dosa mengumpat , dosa mengutuk , dosa salah sangka , dosa mencantas , dosa memfitnah , dosa menipu , dosa tidak taat kepada pimpinan , dosa tidak tunai amanah perjuangan , dosa dedah rahsia jamaah , dosa khianat kepada sahabat seperjuangan , dosa hipokrit , dosa melukakan hati anggota jamaah , dosa dedahkan aib pimpinan dan anggota jamaah , dosa mata , dosa tangan , dosa kaki , dosa telinga , dosa mulut , dosa hati , dosa otak , dosa .... , dosa .... , dosa .....dan dosa .....


Ingatlah , kita berjuang bukan untuk berpolitik . Kita berjuang bukan untuk berkuasa . Kita berjuang bukan untuk mencari pengaruh . Sebaliknya kita berjuang untuk mendaulatkan Islam manakala politik , kuasa dan pengaruh hanya alat untuk mencapai matlamat yang kita perjuangkan itu .


"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?”

(3: 142)

No comments:

Post a Comment