Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Friday, July 3, 2009

BERSIHKAN HATIMU DENGAN MENGINGATI ALLAH



بسم ال
له الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Firman Allah S.W.T maksudnya,
".........Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut(mengingati) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah. Maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar"
(Surah Al-Ahzab: ayat 35) Dari Rasulullah S.A.W,
"Sesiapa yang mengucapkan 'Subhanaallah Hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pkok tamar di dalam syurga"
(H.R. Muslim)

Zikir dapat menjadi pendinding dan juga prisai daripada neraka jahanam. Zikir dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu segala kebaikan. Zikir dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya. Zikir dapat menghilangkan perasaan rungsing yang bersarang di dalam hatinya. Zikir dapat membersihkan hati daripada segala jenis kekotoran dan juga penyakit. Zikir dapat menghapuskan dosa-dosa serta maksiat kecil.
Zikir dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu daripada sifat munafiknya.

Orang yang berzikir akan sentiasa diingati Allah seperti di dalam firman-NYA, "Ingatlah kamu kepadaKU maka Aku akan mengingatimu" Orang yang berzikir akan sentiasa diingati Allah seperti di dalam firman-NYA, "Ingatlah kamu kepadaKU maka Aku akan mengingatimu"

No comments:

Post a Comment