Ini berikutan sumber-sumber daripada Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat dan juga ahli Parlimen Bukit Gantang (Menteri Besar Pakatan Rakyat).
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman sebelum ini mendedahkan akan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, diikuti pula keyakinan yang diberi oleh Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak berkaitan pendedahan itu.
Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang melaungkan keyakinan keadaan yang kucar-kacir yang berlaku di Perak sejak rampasan kuasa berlaku kini semakin membimbangkan dan menyebabkan pembubaran Dun terpaksa dilakukan.
Keyakinan beliau itu berasas kerana prestasi kerajaan yang memerintah di Perak hari ini semakin dipertikai.
Kerajaan sedia ada juga dikatakan tidak mampu mentadbir dengan baik berikutan situasi yang tidak tentu hala yang melanda negeri tersebut.
Oleh itu para muslimat khususnya diminta sentiasa meningkatkan amalan dengan istiqamah menghadiri usrah, menjaga dan meningkatkan amalan fardhi dan sunat, terutamanya solat hajat dan tahajud di samping banyak berdoa. Kepada muslimat yang tidak mampu memberikan tenaga dan masa...kirimkanlah doa dan wang ringgit....kepada yang tidak mampu aktif sepenuh masa atau kebanyakan masa...bergeraklah sekadar mampu....pastikan apa jua kerja dan tugas yang kita lakukan adalah kerana Allah swt dan ia menjadi ibadah yang soleh walau hanya memasak dan menjaga anak muslimat yang keluar berjihad.. . BERJUANG TETAP BERJUANG.
( فإني آمرك ومن معك من الأجناد، بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل العدة مع العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراساً من المعاصي منكم من عدوكم، فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، ولولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة، لأن عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة
No comments:
Post a Comment