Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Friday, July 24, 2009

CIA DALANG SERANGAN DI JAKARTA - ABU BAKAR BASHIR





SOLO - Bekas pengasas Majlis Mujahideen Indonesia (MMI), Abu Bakar Bashir (foto) kelmarin menuduh Agensi Perisikan Pusat (CIA) menjadi dalang serangan bom ke atas Hotel JW Marriott dan Hotel Ritz Carlton di Jakarta pada Jumaat lalu.

“Ia adalah angkara CIA, sama seperti pengeboman di Bali. CIA menggunakan Mujahideen yang mahu melakukan jihad,” katanya.

Abu Bakar berkata, CIA berhasrat untuk menimbulkan kebencian terhadap Islam menerusi serangan itu supaya pemimpin Islam ditangkap manakala kumpulan-kumpulan pengajian Islam diharamkan.

Beliau turut menyangkal segala tuduhan yang cuba mengaitkannya dengan serangan itu.

“Saya bukan pakar bom. Saya tidak tahu apa-apa mengenai bom,” katanya.

Abu Bakar juga menafikan kewujudan Jemaah Islamiah (JI) yang didakwa pihak berkuasa sebagai mempunyai kaitan dengan rangkaian al-Qaeda.

“Adalah salah untuk mengatakan JI berpecah kepada dua kumpulan. Setahu saya, JI adalah sebuah kumpulan penyelidik di Mesir,” katanya.

Abu Bakar kini menjadi pemimpin Jemaah Ashorut Tauhid (JAT), badan induk kepada kumpulan-kumpulan yang memperjuangkan pelaksanaan undang-undang syariah.

Beliau menubuhkan JAT pada September tahun lalu selepas meninggalkan MMI yang diasaskan dan dipengerusikannya selama empat tahun berikutan perselisihan pendapat dengan beberapa pemimpin kumpulan itu.

Komen beliau itu adalah kenyataan terbuka yang pertama dibuat olehnya berhubung insiden pengeboman terbaru di Jakarta.

No comments:

Post a Comment