- حزيران - 2009 الساعة ( 12:31 م ) |
---|
توفي رئيس جبهة العمل الاسلامي الداعية والنائب اللبناني السابق فتحي يكن عن عمر 76 عاما بعد صراع مع المرض. IkhwanJo.com mengkhabarkan berita yang cukup meruntun jiwa -- pulangnya Dr. Fathi Yakan ke pangkuan Allah Azawajalla pada awal hari ini. Beliau meninggal pada usia 76 tahun lantaran sakit. Siapa yang tidak kenal Dr. Fathi Yakan. Kitab karangannya yang tersohor Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan grup-grup usrah pelbagai wadah. Sewaktu di bangku sekolah, inilah antara kitab terawal yang aku beli. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim. Dipetik dan diterjemah dari IslamonLine.net; Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996. Baru saja kami mengupas kitab Bahtera Penyelamat di dalam Mukhayyam Dakhili yang lepas. Karangannya benar-benar sarat motivasi dan petunjuk. Cukup berkualiti sebagai rujukan oleh aktivis dakwah. Kini beliau sudah pergi meninggalkan kita. Permata dakwah ini sudah tiada. Moga-moga akan lahir lebih ramai tokoh dakwah sehebat Dr. Fathi Yakan. Ulama' agung yang mampu menjulang martabat Islam setinggi-tingginya. - Dipetik daripada Laskar Kelas 1 (tranungkite) Beliau banyak mengarang kitab-kitab khususnya berbentuk haraki. Antara kitabnya yang terkenal ialah Apa Erti Aku Menganut Islam, Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam, Maadza ya’ni Intima’i lil Islam (Komitmen Muslim Sejati), Ke Arah Kesatuan Gerakan Islam. Kembalinya beliau ke rahmatullah merupakan satu kehilangan besar kepada dunia khususnya Dunia Islam yang tidak mungkin dapat dicari ganti. AL FATIHAH. |
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)
Saturday, June 13, 2009
MUJAHID USTAZ FATHI YAKAN KEMBALI KE RAHMATULLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment