Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Tuesday, June 9, 2009

10 ditembak mati dalam masjid di Thai Selatan

Narathiwat01_imagedepan BANGKOK: Sepuluh orang Islam yang sedang mengerjakan solat ditembak mati Isnin malam oleh lelaki bersenjata dalam satu serangan mengejutkan di sebuah masjid di wilayah Narathiwat di Thailand Selatan.

Jurucakap polis berkata kejadian itu berlaku sekitar 8.00 malam bila sekumpulan lelaki tiba-tiba melepaskan tembakan di Masjid Al Qulkon di Kampung Air Paya, di daerah ChoAirong.

Beliau berkata maklumat awal dari kawasan itu menunjukkan bahawa 10 orang termasuk imam masjid, terbunuh dan 12 yang lain cedera.

"Kami masih mengumpul lebih banyak maklumat mengenai kejadian itu. Pada mulanya dikatakan empat mati, kemudian lapan, dan kini 10. Semua mayat diletakkan dalam masjid," katanya.

Ahad lepas, dua orang terbunuh dan 19 cedera bila puak pemisah menyerang pengawal sukarela dan meletupkan sebutir bom kereta di daerah Jeringa, Narathiwat, empat hari selepas dua orang guru, seorang daripadanya mengandung lapan bulan, ditembak mati di Chanae.

Lebih 3,500 orang terkorban sejak Januari 2004 bila kumpulan pemisah melancarkan semula kempen bersenjata bagi mendapatkan kemerdekaan tiga wilayah majoriti Islam Yala, Narathiwat and Pattani. BERNAMA

No comments:

Post a Comment