Ustaz Nasaruddin Mat Isa selaku Timbalan Presiden PAS di dalam ucapan perasmiannya antara lainnya mengingatkan tentang larangan meminta jawatan dan beratnya tanggungjawab/amanah kepimpinan.
Kepimpinan dalam Islam merupakan sunnah mulia Rasulullah SAW. Meskipun begitu, ia juga merupakan suatu amanah yang cukup besar. Bukankah atas dasar itulah, Rasulullah SAW menolak permintaan ‘Abdul Rahman bin Samurah bilamana baginda SAW dengan tegas bersabda (maksudnya):
“Hai Abdul Rahman! Janganlah kamu meminta kepimpinan (al-Imarah) kerana kalau kamu diberikannya padahal kamu tidak memintanya, maka kamu akan diberi pertolongan; tetapi jika kamu diberikan lantaran kamu memintanya, kamu akan dibebankan.”
Ustaz Nasaruddin Mat Isa selaku Timbalan Presiden PAS di dalam ucapan perasmiannya menyatakan ketegasan PAS tidak akan menyertai UMNO dan segala tindak tanduk PAS adalah hasil keputusan syura.
"Saya ambil kesempatan di sini untuk sekelian kalinya menegaskan bahawa pemimpin tertinggi parti tidak pernah punya sebarang niat atau perancangan untuk masuk Umno atau BN.
"Dan, saya amat percaya adik-adik saya di dalam Dewan Pemuda PAS bersama-sama saya dalam agenda ini," kata beliau ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Ke-50 di sini, malam ini.
"Islam yang kita perjuangkan ini diambil nasnya dari al-Quran dan al-Sunnah.
"Al-Quran dan al-Sunnah lah yang mengajar kita untuk mengenal siapa musuh dan siapa kawan, ketika mana hendak berperang dan ketika mana pula untuk berdamai," kata Nasharudin.
No comments:
Post a Comment