Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Saturday, June 13, 2009

TAHNIAH KEPADA AL FADHIL USTAZ ABU BAKAR HUSSEIN


Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah. Syukur ke hadrat Ilahi di atas perlantikan Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Husein selaku Pesuruhjaya PAS Perak yang baru.

Beliau sememangnya seorang yang cukup dihormati, berkaliber dan berwibawa. Sepanjang mengenalinya di kawasan Gopeng ini (naqib usrah suami, Pengerusi surau Al Ehsan, mantan ketua cawangan Rapat Setia, mantan Yang DiPertua PAS kawasan Gopeng), beliau seorang yang mementingkan tarbiyyah dan haraki, selalu turun padang bersama-sama orang ramai/ahli jamaah untuk melakukan tugasan. Selama ini beliau sentiasa ditemani isteri tercinta sama-sama di dalam perjuangan jamaah, tetapi dukacitanya belakangan ini isteri tersayang beliau kurang sihat dan tidak aktif seperti dahulu. Kami sentiasa mendoakan semoga ustazah Rafeah akan diberikan kekuatan dan ketabahan dan semoga disembuhkan oleh Allah swt. hendaknya.

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz Abu Bakar, semoga diberikan Taufik dan pertolongan oleh Allah swt. di dalam melaksanakan amanah yang amat berat ini.

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG AKAN TETAP BERJUANG BERSAMA-SAMA AL FADHIL USTAZ, INSYAALLAH.

ALLAH HUAKBAR! ALLAH HUAKBAR! ALLAH HUAKBAR!

No comments:

Post a Comment