gambar sekadar hiasan...
Melayu & KFC /Mc DONALD
Baru-baru ini semasa dalam perjalanan pulang dari Pahang menziarahi bonda tersayang, kami sekeluarga singgah ke beberapa stesen minyak Petronas (di Hentian
Rehat Lebuh raya...mula2 di Sg Besi), ala..hai hampir setiap S Petronas ada je sama ada KFC . Di stesen Shell pulak ada Mc Donald..
Berhenti pulak di Hentian Sg Buluh...lagi hebat..punya la ironinya..di luar Restoren KFC tu ditampalkan poster besar-besar umat Islam Palestin dizalimi Zionis..masyaAllah..di dalamnya penuh orang MELAYU dgn famili masing-masing makan dengan asyiknya..
Sedih sungguh..langsung tidak ada naluri keimanan dan keinsafan..masih lagi memberi sumbangan kepada rejim Zionis untuk membunuh saudara Islam kita khususnya di Palestin.
Fatwa dari Ulamak dunia
Ulamak terkenal dunia iaitu Yusuf Al Qardawi sudahpun mengeluarkan fatwa yang mengatakan HARAM membeli barangan Zionis...keuntungan daripada syarikat syarikat makanan dari barat ini, sebahagian daripadanya di salurkan kepada rejim israel untuk membeli senjata senjata.Marilah kita tingkatkan kempen kpd sesiapa sahaja yg kita temui ..berilah kesedaran kpd mereka yang masih leka dan 'tidak tahu' ini..
Insyaallah semoga usaha kita ini di berkati oleh Allah s.w.t. Sekian dari saya untuk kali ini.
No comments:
Post a Comment