Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Saturday, June 6, 2009

CABARAN UTK MUSLIMAT.





























Muslimat mempunyai cabaran besar untuk merealisasikan "PAS FOR ALL". Dr. Halimah Ali di dalam perbahasan ucapan Dasar Presiden menjelaskan betapa masih ramai lagi wanita yagn tidak tahu dan tidak menyertai PAS...

...maka setiap kita ahli Dewan Muslimat PAS di setiap peringkat khususnya di peringkat Kawasan dan Cawangan berkewajipan meningkatkan kerja jihad dan amal untuk memastikan PAS akan terus berkembang sehinggalah syariat dilaksanakan di muka bumi Malaysia ini.

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَئِكَ سَيَرْحَمُهُمْ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi Mereka zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

( Surah At Taubah : Ayat 71 )

Justeru Al Amru bil Ma'ruf wan Nahyu A'nil Mungkar suatu kewajipan. Namun suatu reality yang tidak boleh dinafikan bahawa operasi ini amat sulit dan getir. Ianya tidak semudah yang diungkapkan. Ia adalah suatu operasi ( kewajipan ) yang terdedah kepada tentangan yang mencabar.

Muslimat yang dikasihi sekelian,
Ingatlah kita mesti menjadi suatu organisasi yang sentiasa memberi manfaat dan memberi rahmat kepada manusia seluruhnya. Berikan komitmen kita kepada jamaah yang kita kasihi ini demi Islam dan perjuangannya .

Bila lagi kita nak berubah dan berusaha gigih untuk kerja jihad ini . Bukankah kita bercita – cita besar untuk menang dan seterusnya mendaulatkan syariat Islamiyyah di muka bumi Allah amnya dan di tanahair kita khasnya .

No comments:

Post a Comment