Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Thursday, June 25, 2009

ALMARHUM USTAZ FADHIL NOOR DALAM KENANGAN..


Baru-baru ini pada tanggal 23 Jun, genaplah 7 tahun Al Fadhil Ustaz Fadhil Noor kembali ke rahmatullah..meninggalkan kita. Masih ternampak-nampak dan teringat akan almarhum...betapa rindunya kepada seorang ulamak dan pemimpin gerakan Islam PAS yang disayangi kawan dan disegani lawan. Sebenarnya telah lama saya merancang untuk menyiarkan artikel ini pada 23 jun sempena ulang tahun kembalinya almarhum tetapi dek kerana kesibukan dan kesihatan yang sedikit terganggu telah menyebabkan tugas tertangguh sehingga ke hari ini..Alhamdulillah hari ini terasa segar sedikit badan setelah mengambil jus manggis (sebagai supplement) seperti yang disyorkan oleh seorang doktor.

Berikut dilampirkan petikan antara ucapan terakhir almarhum (di Pokok Sena) sebelum beliau dipanggil oleh Allah Maha Pencipta.


Ucapan Akhir Almarhum Ustaz Fadhil Mohd Nor

Kita tetap dengan komitmen-komitmen kita bila kita menang di 2 negeri. Kelantan asas kemenangan kita adalah untuk kita melaksanakan syariat Islam yang adil dan saksama dan kerajaan Terengganu akan memperkenalkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu yang difikir lebih baik dan lebih adil sepertimana yang telah dinyatakan oleh Timbalan Presiden (sekarang Presiden) yang juga Menteri Besar Terengganu selain daripada negeri Kelantan yang telah pun melaksanakannya.

Tok Guru Menteri Besar Kelantan telah menyebut bahawa kalau UMNO bercita-cita hendak merebut pemerintahan Kelantan tunjukkan di mana silapnya PAS memerintah Kelantan, di mana yang PAS buat yang berlawanan dengan kehendak-kehendak Islam. Kalau mereka boleh tunjuk kepada rakyat terpulang kepada rakyat, tetapi saya percaya seperti yang dinyatakan oleh tok guru tak ada satu perkara yang mereka boleh tunjuk di mana yang kita buat yang berlawanan dengan syarak.

Sedangkan mereka UMNO belum menang lagipun belum boleh bertapak bergerakpun mereka telah buat perkara –perkara yang berlawanan dengan syariat. Mereka telah menajakan program-program mungkar yang berlawanan dengan syariat. Saya fikir, rakyat Kelantan InsyaAllah akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan kita di Kelantan dan Terengganu dan membebaskan negeri-negeri yang lain di negara kita daripada cengkaman UMNO dan Barisan Nasional.

Kewajipan melaksanakan syariat Islam bukan kewajipan PAS sahaja, UMNO pun mesti sedar bahawan ini kewajipan mereka juga. kalau mereka menentang bermakna mereka tidak mahu dan sememangnya mereka tidak mahu . Mereka fikir kewajipan melaksanakan syariat ini kewajipan PAS sahaja, kewajipan orang yang memperjuangkan Islam sahaja, tidak, ia kewajipan setiap orang.

Saya tertarik dengan kenyataan Presiden Nigeria (sehingga 29 Mei 2007) yang bernama Obasanjo yang merupakan seorang kristian sebuah Negara Islam terbesar di Afrika. Penduduknya hampir 100 juta orang (di mana 80 % penduduknya beragama Islam) pernah berkata SYARIAT TIDAK BOLEH DIPISAHKAN DARIPADA ISLAM. Jika orang Kristian boleh memahami perkara ini mengapalah orang Islam tidak dapat menerima dan melaksanakan syariat Islam di Malaysia. Seperti 10 Commandment (10 Rukun) dalam Kristian tidak boleh dipisahkan daripada agama Kristian begitu juga Syariat Islam tidak boleh dipisahkan daripada Islam. Dan beliau menyatakan bahawa beliau tidak akan menghalang pelaksanaan syariat Islam dalam mana-mana negeri di negaranya.

Tetapi di Malaysia terbukti Perdana Menteri Malaysia (Tun Mahathir -Perdana Menteri pada masa itu) telah menghalang pelaksanaan syariat seperti yang diputuskan oleh Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan.

Malaysia yang telah menjadi tuan rumah kepada Persidangan Menteri-menteri Wakaf OIC. Keputusan Menteri-menteri Wakaf OIC menyatakan bahawa PELAKSANAAN HUDUD ADALAH HAK UMAT ISLAM DAN JANGAN ADA MANA-MANA NEGARA, MANA-MANA PERTUBUHAN LAIN CUBA CAMPUR TANGAN KERANA IA MERUPAKAN BIDANG HAK MUTLAK ORANG-ORANG ISLAM. Ini keputusan OIC, keputusan Menteri-Menteri Wakaf OIC yang dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri …dia baca saja…dia tak ada komen…tapi ini merupakan penegasan yang dibuat oleh Persidangan Menteri-menteri Wakaf OIC.


No comments:

Post a Comment